Google+ Badge

24/04/11

Pelajar genius berpura hamil untuk buat projek sekolah


 Benda ni berlaku di Yakima,Washington ,lepas pelajar ni berpura2  mengharungi keadaan dimana dia dikutuk oleh pelajar kerana mengandung, dia akhirnya membuat pengakuan.

Yang dia sebenarnya tidak pernah hamil! What the hell!

Rodriguez membuat pengakuan tersebut selepas pada minggu ini dia telah dipaksa oleh guru2 dan rakan2 yang menyangka dia mengandungkan anak haram.So,untuk elakkan spekulasi yang macam nak makan dia,torpakso la dio ni mengaku yang dio tak hamel.

Pelajar yang genius tahap Jimmy Neutron(sebb dia dapat A++ dalam semua mata pelajaran dia) ni mengaku yang dia buat semua tu kerana nak siapkan projek sekolah sendiri2 dia yang bertajuk:Stereotaip, Khabar Angin dan Statistik.

Jadi dengan rasminya dia mendedahkan rahsia dia dengan mengeluarkan bantal yang diikat dengan wayar di perutnya.Memang otak ligat budak ni.

Kajian yang dia buat tu rahsia dan hanya yang terdekat dengan dia je yang tahu.

"Saya mahu membuang bantal ini dan tidak mahu lagi meneruskannya," dia memberitahu para akhbarwan.

Selepas dia mendedahkan perkara yang maha pelik ni ,omg dia mendapat tepukan gemuruh dari 700 orang pelajar .Diorang bangga sebb dia pandai tipu atau sebab dia nak buat projek sosialnya.?entah , aku pun tak tahu.

Pengetua dia yang bernama Trevor memuji sakan budak ni kerana niatnya yang murni itu.

Dia mengorbankan tahun akhirnya semata-mata untuk mengetahui bagaimana perasaannya menjadi seorang ibu pada usia remaja. Saya mengagumi keberaniannya," ujar pengetua Trevor.

Kisah dia ni mendapat liputan yang sangat luas sampai dia diundang untuk menghadiri bicara pagi Today yang popular itu untuk ceritakan pengalamannya.

Sumber: KOsmo online

Kredit:http://www.borakkosong.com/2011/04/pelajar-bijak-berpura-pura-hamil-kerana.html?utm_source=whitemerpati&utm_medium=twitter&utm_campaign=tolong-menolong

CotaTua:KOh2

Dari tingkat 36,bintang bola sepak terjun

Lol. takde sampai nak bunuh diri.

HONG KONG: Seorang bintang bola sepak Hong Kong yang ternama membunuh diri dengan terjun bangunan pangsapuri selepas bertengkar dengan isterinya, semalam.

Cheung Sai-ho, 35, dinobat sebagai pemain paling berharga Hong Kong pada 2003 dan pemegang rekod dunia - membuat jaringan untuk pasukan belia Hong Kong kira-kira 2.8 saat selepas perlawanan bermula dalam pertandingan Piala Portsmouth di Britain pada 1993. Pemain tengah berbakat yang bersara daripada bidang sukan pada 2008 itu terjun dari tingkap tingkat 36 pangsapuri kediamannya selepas bertengkar dengan isterinya, kata polis sebagaimana dipetik daripada akhbar South China Morning Post. Dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian



- AFP

kredit:
myMetro,adastore

CotaTua:-.-

22/04/11

Hanya Gadis Yang Dara dan Payudara Besar Yang Boleh Petik Teh Di Ladang Ini



Gushi - GUSHI - Sebuah ladang teh di China hanya akan mengupah anak dara untuk mengutip daun teh di ladang mereka kerana mahu mengekalkan kualiti daun itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Gadis-gadis itu juga tidak dibenarkan mengutip daun teh dengan tangan tetapi perlu menggunakan mulut mereka untuk melakukan kerja tersebut.
Daun teh yang sudah dipetik itu perlu dimasukkan ke dalam sebuah bekas kecil yang diikat di leher mereka.
Dalam satu iklan untuk mencari pemungut teh sepenuh masa, pihak pengurusan Ladang Jiuhua yang terletak di sini, wilayah Henan menyatakan, pemohon mesti seorang perawan dengan saiz payu dara yang agak besar dan mantap.
"Mereka perlu membersihkan diri setiap kali sebelum mula bekerja dan melakukan senaman khas untuk menguatkan leher dan bibir," kata jurucakap ladang berkenaan, Li Yong.
Menurutnya, ladang itu menawarkan gaji £50 (RM249) sehari yang dianggap lumayan di China kepada gadis-gadis terbabit.
Legenda tempatan menyatakan, daun teh itu dipungut oleh pari-pari dengan menggunakan mulutnya dan minuman herba tersebut didakwa dapat mengubati pelbagai jenis penyakit dan alahan. - Agensi







saya petik dari kosmo online
sumber:sini kredit to: adastoree

cotatua: menarik ke?

21/04/11

Kemalangan: Bekal Nasi Terakhir Untuk Ibu

Kilometer4
Lebuhraya duta Ulu Kelang Duke
Arah Lebuhraya Karak
Kuala Lumpur
21 April , 2011
11.45 Pagi


kemalangan maut ini membabitkan mereka yang tidak bersalah iaitu seorang warga emas





Kereta produa kancil yang mereka naiki dipercayai dirempuh sebuah kereta Proton Putra yang menurut saksi dipandu secara berbahaya.




Seorang penunggang motosikal juga menjadi mangsanya, yang turut cedera parah dirempuh.




Akibat kemalangan ini, Perodua Kancil yang dipandu Baharuddin (nama penuh akan didapatkan nanti),terbalik di tengah lebuhraya.




Isterinya, Rosmah Mat Nor,65 tahun, maut di tempat kejadian, tersepit ,,
baharuddin yang parah dihantar ke hospital selayang




mereka dalam perjalanan pulang ke jerantut pahang




proton putra pula terbabas dan tercampak ke arah tebing jalan



bekalan nasi yang dibawa sebagai bekal dalam perjalanan , masih berada dalam peroduakancil ini.





beberpa ahli keluarga termasuk anak mangsa sebak melihat apa yang terjadi.

berita lanjut menyusul

sumber:
sini



cotatua: another day another challenge

Budak Perempuan Akan Mati Jika Menangis - '=-(

Little Tianna Lewis McHugh adalah budak yang tidak boleh menangis seumur hidupnya. Pada usia dua tahun, dia disyaki mempunyai penyakit yang mendatangkan kejang pada seluruh mukanya yang sangat fatal dan membunuh sekiranya terkena air matanya.



Ibu bapanya setiap hari akan memcuba sedaya upaya untuk memastikan anak mereka tidak menangis. Budak ini dijangkiti oleh Relfex Anoxic Seizure (RAS) dan berjaya diselamatkan 10 kali sebelum ini kerana air matanya berjaya dihentikan semasa dia cuba menangis. Pernah sekali semasa budak ini menangis seluruh kulitnya menjadi putih, tubuhnya mengigil dan jantungnya berhanti berdenyut untuk 2 jam dan tidal bernafas. Semua orang ingat dia dah meninggal dunia tetapi berjaya diselamatkan. Selepas insiden itu baru doktor mengesan apa penyakit sebenar budak ini. Kesiannnya...

sumber: Known 
kredit:abang stress

CotaTua:aku yang tulis ni pun dah nak menangis :-( terima kasih abang strress

Tiga Terbunuh kejadian Feri Karam Di Bangladesh

DHAKA: Tiga orang terbunuh manakala ramai lagi yang hilang akibat feri karam di sana,

Difahamkan bahwa feri terbabit berlanggar dengan feri lain mengikut ulasan ketua polis disana,


Ramai penumpang menyelamatkan diri dengan berenang ke pesisiran pantai.-AP

Sumber;

CotaTua: Berenang selamatkan nyawa

Mamat Khalid:Filem Untuk Usop Wilcha Dah Lama Dirancang

Mamat Khalid: Filem Untuk Usop Wilcha Dah lama Dirancang
Impak yang diterima oleh penonton dari Hantu Kak Limah
Balik Rumah sangat Luar Biasa.Sehinggakan semua dialognya seperti kita bakor2 menjadi ikutan.

Malah apa yang paling diingati ialah watak sy8 atau Syed Muhammad Asri,56 sebagai Usop Wilcha dalam filem tersebut, Beliau menjadi fenomena dengan segala gerak gerinya menjadi ikutan ramai peminatnya,

Maka tidak hairanlah apabila Mamat Khalid menyatakan bahawa satu wayang akan dikhaskan untuknya, Apa yang pastinya ialah filem tersebut masih lagi dalam pre-production.

"Terus-terang saya katakan, Shy8 memang seorang yang sangat bekerja keras dan komited pada kerjanya. Jika tidak, saya tak rasa dia boleh sampai ke tahap ini. Ini kerana apa yang saya tahu bukan mudah untuk dia capai seperti apa yang dia dapat sekarang.

"Dia sudah mula berlakon dari tahun 2001 lagi iaitu semasa saya mengambilnya sebagai pelakon tambahan dalam filem Lang Buana. Namun bakat dan kebolehannya belum menonjol waktu itu dan ramai tidak menyedari kewujudannya sehinggalah dalam HKLBR.

"Saya tak terkejut dengan apa yang telah diterima sekarang dan saya telah pun menyiapkan pre-production untuk filem khas buat wataknya iaitu berjudul Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh.Filem yang akan mengangkat watak Usop Wilcha sebagai peneraju utama filem ini dijangka bakal memulakan penggambaran pada bulan Julai 2011.

"Sebenarnya perancangan untuk menghasilkan filem ini sudah pun lama dibuat. Iaitu sebelum HKLBR ditayangkan lagi. Waktu itu, saya dah pun berbincang dengan dia. Seorang lagi adakah Zizan Raja Lawak kerana dia bakal pegang watak sebagai Werewolf daripada Bangladesh itu," katanya kepada murai.com.my

Dalam pada itu, Mamat Khalid juga berasa bangga dengan populariti yang diraih oleh Usop Wilcha. Apatah lagi , dia merupakan orang pertama yang mengasah bakat Usop Wilcha seawal pembabitannya dalam HKLBR.



"Alhamdulilah, mungkin dah sampai masanya Tuhan nak bagi rezeki ini kepadanya. Padahal, dia bukannya baru berada dalam industri seni ini. Malah, sejak tahun 1997 lagi dia sudah tampil dengan sebuah album solonya sendiri. Cuma baru kini bakatnya terserlah dan disedari.

"Terus-terang masa pertama kali mengambilnya berlakon saya sendiri tidak tahu sejauh mana kebolehannya. Namun saya percaya setiap orang pasti ada keistimewaan dan kebolehan mereka masing-masing. Saya suka pelakon yang on the dot sepertinya.

"Malah saya kini pun sedang berusaha untuk mencungkil banyak lagi bakat baru. Saya rasa kita patut beri peluang kepada bakat baru. Dari situ barulah kita tahu sejauh mana seseorang pelakon itu boleh pergi.

"Sebagai contoh, sekarang ini saya sudah nampak pendatang baru Azwan Anuar yang memegang watak Wak Kaswi dalam HKLBR. Saya rasa dia ada potensi untuk pergi jauh dalam bidang lakonan," kata Mamat Khalid yang ditemui selepas siaran langsung Maharaja Lawak di Finas, Jumaat lalu.

sumber:sini

CotaTua;go2 usop go

Siasatan Kematian Ahmad Sarbani Lengkap: Polis

KUALA LUMPUR: Polis sudah menyelesaikan kes siasatan berhubung kematian saudara Ahmad Sarbani dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara selewat2 nya minggu ini atau minggu depan.

Ketua Polis Kuala Lumpur mengesah kan bahawa Ahmad Sarbani mengalami kecederaan parah di kepala selepas terjatuh dari tingkat tinggi, Kenyataannya disokong kuat pegawai forensik dan pegawai Jabatan Kimia,

Ditanya kepadanya apakah wujud unsur jenayah dalam kes ini, beliau mengatakan bahawa kes ini tertumpu hanya kepada SDR(laporan kematian mengejut) dan tiada undang2 lain akan dipakai.


"Saya berpuas hati dengan hasil siasatan ini, kami sudah peroleh laporan lengkap termasuk segala bukti, keterangan dari 48 saksi dan lakonan semula di tempat kejadian," katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Ulang Tahun Pasukan Kor Kadet Polis ke-41 di Tasik Titiwangsa di sini.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang pegawai kastam pelabuhan klang ditemui mati di Pejabat Sprm selepas arwah datang untuk menjelaskan kes siasatan 62 pegawai kastam yang terlibat dengan rasuah.

Ini kenyataan beliau ketika mengunjungi koir diraja, "Kalau hendak kekalkan disiplin remaja, pembabitan diri dalam kor kadet polis dan unit beruniform lain dapat membantu mereka membentuk sahsiah diri yang baik. Jadi ketika dewasa mereka tidak terjebak kepada masalah sosial," katanya.

sumber:sini

CotaTua:nyawa? duit? Integriti?

Bayi Masih Bernyawa Walaupun Ditanam Hidup2

Rabu: 20 April, Seorang bayi baru lahir yang ditanam hidup2 mengheboh suasana di blok Eunos Crescent, Singapura,

Awalnya , Tay Kim, seorang pesara yang berusia 60 tahun, mendengar tangisan sayup2 yang kedengaran seperti suara kucing,Dia mencari2 dari mana suara itu datang, 




Ternyata, Suara tangisan itu ternyata berasal dari dalam tanah, di sebuah taman di blok 31 A. Kerana curiga , dia pun menggali tanah tersebut. Astaga! Di dalam lubang yang tidak dalam itu seorang bayi lelaki yang come berlumur lumpur.Lebih menyayatkan hati lagi apabila kelihatan lehernya dililit tali dari beg plastik( mungkin percubaan ibu-bapanya membunuhnya).Selain dari mulutnya yang penuh dengan lumpur dan daun2 kering, tali pusat bayi tersebut juga masih elok.



Seperti dilaporkan pada hari ini,Rabu 20/11 , bayi tersebut terus dibawa kehospital. Keadaan bayi malang tersebut masih stabil dan kes masih dalam siasatan,

sumber:sini

Cota Tua: maha suci ALLAH

Penurunan Kadar Perayaun Telefon Bimbit Akan Diluaskan ke Indonesia,Thailand-Rais

Penurunan caj perkhidmatan perayauan  bagi telefon bimbit akan diperluas ke negara-negara Asean terutamanya Malaysia,Indonesia dan Thailand.

Menteri Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata bahawa perjanjian itu sekarang ini hanya terbatas kepada Malaysia dan Singapura.


   

"Dalam konteks Asean yang berkomunitikan asas-asas sama, kita akan kemukakan di peringkat menteri-menteri penerangan Asean beberapa langkah sekutu yang perlu kita ambil kemudian," katanya menjawab soalan tambahan Senator Zamri Yusuf pada persidangan Dewan Negara, di sini, Khamis.



Dalam kenyataan nya di Pekan Rabu baru2 ini, pengguna telefon akan menikmati 20 peratus diskaun pangillan suaran dan 30 peratus diskaun sms mulai 1 Mei ini.

Ia membabitkan Celcom, Digi, M1, Maxis, SingTel, Star Hub dan U-Mobil

Kadar pengunaan akan melibatkan kedua2nya iaitu pascabayar dan prabayar.- BERNAMA

sumber;sini

CotaTua;dah setahun aku tak topup

Emel 1Malaysia Bukan Percuma Sepenuhnya

NONE














Walaupun dah banyak sumber mengatakan bahawa projek 1Malaysia Emel adalah percuma dan tidak dibabitkan dana kerajaan. Tetapi satu kenyataan dari Syarikat pengendalinya meragukan,ini kerana ia membayangkan kemungkinan ada bayaran sampingan yang dikenakan.

Caj2 ini dikenakan untuk "merahsiakan data" dan "perkhidmatan tambah nilai" , hek macam prepaid la pulop.

Pertanyaan itu menjadi meletup kerana orang ramai ingin tahu tentang syarikat tersebut dan kadar pembiayaanya.
 Dan kenapa ia membabitkan sejumlah wang yang besar iaitu 50 Juta.

Dalam jawapannya melalui emel kepada senarai soalan Malaysia Kini, Ketua Pegawai Tricubes, Khairun Zainal Mokhtar menegaskan bahawa perkhidmatan asas untuk menyediakan emel 1 Malaysia itu tidak membabitkan sebarang kos kepada pengguna.

Pengguna boleh mengakses e-mel mereka untuk mengetahui bil cukai taksiran,pembaharuan lesen memandu dan peringatan bayar cukai tanah.
KWSP dan saman juga boleh diperiksa.

Tetapi kenyataannya boleh disanggah oleh pihak lain yang mengatakan bahawa perkhidmatan yang tiada kos ialah sevis e-mel,menakala notis dan bil2 lain tidak boleh dikatakan percuma.

Malah khairun berkata syarikatnya akan memperolehi pendapatan melalui perkhidmatan topup seperti pemberitahuan bil,notis,pendapatan dan iklan serta pasaran dalam talian.

Menurut Khairun lagi perkhidmatan tersebut membolehkan kerajaan menurunkan kos percetakan dan pos, sekaligus menguntungkan kerajaan.

Oleh itu, ia boleh diagak bahawa tricubes akan mengenakan bayaran bagi pemberitahuan bil-bil dan notis dari agensi kerajaan,walaupun tidak jelas siapa pembayarnya,pengguna atau agensi lain.

Walau apa pun cara pembayarannya., ia datang dari kocek anda.

sumber;sini

Cotatua;pening rakyat,Fikir2 kan dan hati2 sebelum bercakap

Pelacur dalam video seks,rupanya pelajar kolej Swasta

Akhirnya dia mengaku juga.

Kenyataan wanita pelacur ini ialah video itu sebenarya dirakamkan dalam sebuah kondominium di pinggir bandar.---[MyMetro]

Wanita itu juga adalah seorang pelajar kolej swasta di ibu negara yang berusia 26 tahun berbangsa cina.

Lihat kenyataannya dalam berita.



 



CotaTua:ciko.. nak sain



sumber:sini

Sweet Mickey bakal Presiden Haiti


 

Port Au Prince -  Penyanyi popular Haiti,Michael Martelly yang lebih dikenali ramai sebagai "sweet mickey" secara umunya akan diumum sebagai presiden negara itu.,kata pegawai pilihanraya hari ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihana Raya Haiti ,Pierre Thibault, berkata Martelly menang besar dalam persaingan merebut jawatan tersebut dengan meraih sebanyak 67.57 undi menewaskan pencabarnya, Mirlande Manigat.

Pengumumuman itu menamatkan proses pilihanraya Haiti yang bermula sejak 28 November lalu dan telah dicemarai penipuan dan masalah lain.

Pegawai pilihanraya yang mengumumkan keputusan awal pada 6 April telah mendapati Martelly,50, menewaskan pencabarnya dengan 68 peratus undi.- ap

sumber:sini

cotaTua;tak kisah la kalau dia artis ,janji wat keje

Pekerja kontrak dihukum gantung kerana membunuh

di negara Alor Setar , seorang lelaki dihukum gantung sampai mati kerana membunuh seorang lelaki di kodiang tiga hari lalu.

Pesuruhjaya kehakiman , Datuk Zakiah Kassim, membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Zulkifli Sakun Ahmad,33,, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya , beliau berkata berdasarkan keterangan saksi yang mengatakan bahawa tertuduh memang mempunyai niat untuk membunuh Saad Ahmad,37, dengan menetak kepala mangsa menggunakan parang.

Katanya, kematian si mati adalah kerana pendarahan yang teruk di bahagian kepalanya.

Zulkifli didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Kampung Raja, Mukim Pering,Kodiang pada 20 Februari 2008 jam 2.20 petang.

Pendakwaan diwakili oleh Datuk Razali Che Ani ,manakala tertuduh diwakili peguam Burhaenuddin Abdul Wahid.
sumber:sini



cotatua: nyawa itu semakin murah

Rogol 116 wanita dalam tempoh 16 tahun

gila tak gila la bro, entri ni sya ambil dari sini


Di negara Beijing, seorang lelaki dijatuhkan hukuman mati kerana merogol lebih 100 wanita dalam masa 16 tahun.

Dai Qincheng,46, dijatuhkan hukuman mati pada bulan 12 yang lalu, selepas didakwa merogol 116 wanita dalam tempoh 16 tahun. Dia mengaku bahawa  perlakuannya terjadi antara tahun 1993 dan 2009 di wilayah Anhui, timur China.

Qincheng menjadikan wanita-wanita pekerja asing sebagai mangsanya dan termasuklah seorang wanita mengandung.

Lelaki itu mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi,semalam, bagi meminta supaya hukumannya dikurangkan, tetapi tarikh perbicaraan yang seterusnya masih lagi belum diketahui

CotaTua:hebat! tak kantoi

Di Mauritius Wanita gemuk kebanggaan Keluarga Wanita kurus Memalukan Keluarga





warga di mauritius,sebuah negara kepulauan di barat daya Sumader Hindia,memiliki satu tradisi turun temurun untuk mengelakkan anak mereka menjadi kurus. Caranya ialah dengan memaksa mereka untuk makan.

Namun, tradisi lama itu mendapat tentangan dasyhat dari golongan muda yang tinggal di kepulauan itu.

Seorang penduduk Mauritius bernama Mariam Ahmed 25, menentang tradisi tersebut.Beliau mengatakan bahawa tradisi yang dinamakan leblouh ini adalah tradisi yang berbahaya dan patut dilupuskan.

“Saya mengenal ramai wanita muda tidak berdosa yang digemukkan diluar kemahuan mereka dan kebanyakan dari mereka mengalami sakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung,” ujarnya seperti dilapor dari stesen berita CNN.


Tradisi ini didasarkan oleh penduduk Mauritius sebagai wanita yang gemuk adalah sumber kecantikan dan kemakmuran negara. Wanita kurus pula disangka sebagai aib dan pemberi malu kerana beranggapan bahawa ibu-bapanya tidak memberi anaknya cukup makan.

Mint Ahmed berkata lagi , bahawa kaum wanita di Mauritus banyak yang terseksa akibat tradisi Leblaoh ini. Mereka dipaksa memakan makanan dalam jumlah yang sangat banyak dan di paksa minum berliter2 air susu kambing atau lembu.

Mint Ahmed juga mencertiakan bagaimana seorang gadis dihukum jika tak habiskan makannnya. Salah satu kaedahnya ialah menekan ibu jari dengan kayu.Oh my gosh, sakit tu..

Salah seorang yang pernah merasakan seksanya ialah Selekeha Mint Sidi, Dia mengaku disiksa oleh ibunya sehingga dia mahu makan.

“Ibuku mulai menggemukkan saya ketika saya berumur 13 tahun. Dia biasanya memukuli saya hingga saya mahu memakan couscous yang berminyak dan daging kambing besar. Saya kira perut saya akan meledak kala itu,” ujarnya Mint Sidi.
Mint Sidi mengakui bahawa dia sering memuntahkan lagi makanannya kerana perutnya yang kecil tidak mampu lagi untuk menampung makanan yang banyak.
Namun,orang yang bertugas mengawasi Leblaoh menganggap bahawa ianya adalah perkara biasa dan normal pada wanita muda.

Mar Jubero Capdeferro, yang bertugas sebagai pegawai gender di badan PBB di Maurittius mengatakan bahawa tradisi ini semakin berbahaya akhir2 ini kerana para orang tua mengganti susu unta dengan bahan kimia untuk menggemukkan binatang.

“Ketika mereka nanti tua, umur 40 dan 50an, mereka tidak akan boleh bergerak, mereka akan menderita hipertensi, diabetes, dan banyak penyakit lainnya,” ujarnya.
Menurut kajian Asosiasi Solidaritas Sosial, sebuah badan yang ditubuh untuk para korban tradisi Mauritius.,hanya tujuh peratus gadis kota  yang menjalani Leblouh,sementara di desa mencapai 75 peratus. Menurut organisasi ini,wanita di desa masih memegang teguh tradisi ini.

“Sangat sulit untuk menghapuskan tradisi leblouh di Mauritius. Tradisi ini telah berakar dalam fikiran dan jiwa para Ibu di Mauritius, terutama di daerah pedesaan dimana warga desa dengan pendidikan rendah mengikuti secara buta tradisi ini,” ujar Lemrabott Brahim, seorang pengamat sosial di Mauritius.

sumber dan diedit dari sini

CotaTua:Buat yang berisi tu,jom ke Maurtius ,anda di hargai di sana

Entri Sakit Jantung:Penyanyi yang popular dengan lagu Enjit2 Semut dikenalpasti(Kak Limah AF)

kak limah af11

setelah secara rasminya aku membelek di google akhirnya terjumpak jugak ler awok dengan kak limah ni dengan gambar2 beliau.

nama asal kak Limah: Dalimawati Ismail

to be continued ni gambornye.
Add  saya di fb ok

bukan yang tue-mue tu. ya muda lagi
kalau korang nak mendekatkan diri lagi dengan kak limah ni atau nak bernyanyi enjit2 semut ,silalah ke fb beliau.. ni FB beliau.. sini.. kalau rajin add la.. hehe.. tu pon kalau dia approve la kan.. hahaha.. :D
cOTAtua:Enjit2 semut

20/04/11

Entri Mengejut : BENARKAH EMMANUELLE CHRIQUI ADALAH WANITA PALING CANTIK DI DUNIA


image












Susah benor mengeja namanye.Dia ialah wanita yang paling diingini di dunia.Ini kerana dia menduduki tempat yang pertama dari 99 wanita paling top pada tahun 2010 melalui sistem undian di Askmen.com.dia ni menyerlah terus kerana karya yang direkanya ditentang secara terus oleh Entourage dan The OC.

Sebagai pemilik kecantikan yang luar biasa,status rising star dan keperibadian yang menyenangkan sesiapa sahaja.

Pastinya dia ialah wanita yang memiliki pakej paling paling lengkap sebagai wanita paling jelita.








Entri Meletup:Sistem Sex Education HongKong Terbaru Yang Kontroversi

Di negara Hong Kong,satu ilustrasi gambar untuk menerangkan perihal sex education telah menjadi kontroversi kerana gambarnya yang terlalu detail untuk tatapan budak sekolah.

Tengoklah sedutan2 gambar yang memang kartun tapi bahaya untuk budak2 sekolah.



Akhirnya,semua ilustrasi ini telah dikaji semula kerana kerajaan takut anak2 nak try dan nak tahu lebih terperinci lepas tengok gambar kartun censored ni.

CotaTua:Ape cer?

credit : AT