KUALA LUMPUR: Sekumpulan rakyat Malaysia menganjurkan petisyen online bagi mengumpul sejumlah tandatangan sebagai bantahan terhadap perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu yang didiakwa berlaku banyak penipuan.


Penganjur petisyen ini, Terry Kok berkata, inisiatif ini dibuat bagi menarik campurtangan pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyiasat perjalanan PRU13 lalu.



Menurutnya, rakyat Malaysia boleh menyokong petisyen ini dengan menurunkan tandatangan online di laman





http://www.change.org/GE13



Sehingga berita ini ditulis sejumlah lebih 237,000 tandatangan telah dikumpul.


"Jika PBB campurtangan membuat penyiasatan, maka banyak lagi mata akan menontonnya.



"Jika suara kami telah dirompak di dalam tanah kita sendiri, tolonglah suara kita mencapai dunia," kata Terry.


Harakahdaily/-



#P.S, apa jadi kalau diorang (PBB) campurtangan dalam hal ni??? SESIAPA YANG MELUPAI SEJARAH PASTI AKAN MENGULANGINYA..