Semua maklum yang Princess Diana dan Michael Jackson mati dibunuh kan. Princess Diana mati sebab kemalangan bersama bakal suaminya manakala Michael Jackson pula mati overdos ubat.

Yang aku perasan dengan kedua-dua kes Michael Jackson dan Princess Diana ni semacam ada satu konspirasi yang nak menyembunyikan sesuatu jer. Benda ni rasanya pernah diceritakan dalam beberapa forum/website. Aku pun tak ingat sangat kat mana. Tapi aku akan cuba kongsikan kepada korang kenapa kematian Puteri Diana dan Michael Jackson ni satu konspirasi.

Kerana Agama
Kalau perasan, kedua-dua mangsa ni bakal memeluk agama islam. Macam Puteri Diana, dia bakal mengahwini Dodi Al-Fayed, anak jutawan pemilik gedung Harrods yang beragama Islam. Dikatakan Puteri Diana juga dalam proses mendalami agama islam bersama seorang kawannya. Manakala michael Jackson pula dikatakan telah memeluk agama islam ketika kematiannya.

Publisiti
Macam yang korang tahu, kedua-dua mangsa konspirasi ni merupakan orang yang terkenal di seluruh dunia. Lagi-lagi lah kat dunia barat tuh. Senang cakap Puteri Diana dan Michael Jackson ni merupakan ikon/idola bagi sesetengah orang. So, kebiasaannya, apa yang ikon/idola dunia ni buat, mesti ramai yang akan ikut kan. Korang dapat bayangkan kalau kedua-dua ikon ni umumkan dorang memeluk agama islam?

Tu la bagi aku 2 perkara yang ditakuti oleh musuh islam kan. Tambah-tambah lagi kematian kedua-dua mangsa ni berhampiran dengan tarikh dorang umumkan memeluk agama islam. Macam Princess Diana, dia mati ketika beberapa bulan sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Dodi Al-Fayed, manakala Michael Jackson pula beberapa bulan sebelum konsert terakhirnya dimana menurutnya, dia ingin mengumumkan secara rasmi yang dia sudah memeluk agama Islam. Kebetulan kan.

Memang permulaan kematian pihak polis sibuk adakan siasatan segala bagai. Tapi sebenarnya tu semua wayang je bagi aku. Macam kes Diana dulu, siasatan segala macam dijalankan, akhirnya cuma tinggal tanda tanya saja. Dah nama pun konspirasi kan, sebab kematian tu cuma “alasan” bagi menutup pembunuhan yang dijalankan oleh organisasi yang lebih tinggi. Siapa tahu kan. 

Harap ada la file ni didedahkan dalam Wikileaks kan.
Apa pun, aku harap kedua-dua mangsa dapat keadilan yang sepenuhnya. Apa pandangan korang pula?