Styria  (Exelroze.info )
Di Austria ada sebuah taman yang berubah menjadi tasik ketika musim panas. Taman itu terletak di dekat tasik Gruner See di Styria, Austria.
Uniknya, kalau jumlah air tasik pada umumnya, akan berkurang jika memasuki musim kemarau. Tapi hal itu tidak berlaku bagi tasik Gruner See ini.

Tasik yang berada di bawah kaki gunung Hochschwab ini mempunyai ketinggian air 1-2 m pada musim sejuk, sedangkan pada musim panas, ketinggian air tasik tersebut meningkat mendadak menjadi 12 m.

Hal ini disebabkan oleh melelehnya salji yang menutupi puncak gunung Hochschwab pada musim bunga. Kemudian salji yang meleleh itu mengalir ke bawah pergunungan yang bermuara pada tasik Gruner See ini.

Akibat peningkatan jumlah air pada tasik Gruner See, taman yang ada di sekitarnya juga ikut terbenam.
Kerana fenomena alam tersebut, tasik ini menjadi tasik yang indah dengan bayangan hijau yang menyegarkan, sehingga menarik perhatian para penyelam dan pelancong.

Selain itu, air tasik ini sangat sejuk sehingga suhu boleh mencapai 4-8 darjah Celcius. Hal ini tentu saja tidak menghairankan, kerana air tasik tersebut berasal dari salji puncak pergunungan Hochschwab yang mencair.

Berikut ini adalah beberapa foto yang diambil oleh para penyelam di tasik unik tersebut.

 
CiriCara bangku taman yang terbenam di dalam Danau Gruner See Inilah Uniknya Taman di Dalam Danau [Foto]
Amusing Planet
CiriCara jalanan taman yang terbenam di danau Gruner See Inilah Uniknya Taman di Dalam Danau [Foto]
Amusing Planet
CiriCara Taman di dalam danau Gruner See Inilah Uniknya Taman di Dalam Danau [Foto]
Amusing Planet
CiriCara Semak semak di taman yang terbenam di danau Gruner See Inilah Uniknya Taman di Dalam Danau [Foto]
Amusing Planet
(yk)
Amusing Planet