ilustrasi gambar



Bagi lelaki menyaksikan benda lucah mungkin hal yang biasa. Namun yang terjadi pada seorang lelaki India ini sangat tidak normal. Setiap kali menyaksikan pornografi ia mengalami sakit kepala parah yang membuatnya kehilangan penglihatan.

Jurutera teknik berusia 24 tahun mengalami sakit kuat di kepala bahagian depan setiap kali menyaksikan video porno. Hanya selepas lima minit menonton film dewasa, segera saja serangan sakit kepala yang membutakan mata dia alami. Dan ini akan mencapai puncak dalam waktu 8 hingga 10 minit.



Seperti dilaporkan Daily Mail, awalnya neurologi yang memeriksanya bingung kerana lelaki ini tak mempunyai sejarah sakit kepala, migrain dan tak pernah mengalami luka pada kepala. Pemeriksaan fizikal juga normal.

Doktor akhirnya menyimpulkan, sakit kepala parah akibat saraf rasa sakit di wajah makin sensitif semasa perubahan emosi yang berkaitan dengan pornografi. Uniknya, keadaan ini hanya terjadi pada satu daripada 100 lelaki, sekurang-kurangnya sekali selama hidup mereka. Kes lelaki tersebut adalah yang paling ekstrem.

Sementara setengah dari pesakit mengalami migrain, namun tak diketahui hubungannya dengan kandungan lucah.

Mengikut kajian, ada dua jenis sakit kepala iaitu pre-orgasme, di mana rasa sakit bermula sejak awal aktiviti seksual dan semakin buruk hingga mencapai orgasme. Sepertiga sakit kepala semasa aktiviti seksual disebabkan hal ini, seperti yang dialami lelaki India tersebut. Namun para pakar mengakui belum mengetahui penyebab pastinya.

Pada kes yang diterbitkan dalam jurnal Archieves of Sexual Behavior, Dr Kuljeet Singh Anand berteori bahawa terjadi kontraksi otot yang boleh menyebabkan rasa sakit akibat menonton pornografi.

Ditambah, seks boleh mempengaruhi aliran darah di arteri dalam otak. Lelaki tersebut boleh diubati dengan minum ubat ibuprofen dan paracetamol setengah jam sebelum menyaksikan benda pornografi.






sumber :kaskus