Gadis kecil ini tidak dapat bercakap dengan secara normal dan hanya mampu untuk berkomunikasi dengan cara melenguh (moo).
Gadis liar itu diselamatkan oleh polis Rusia setelah penduduk kawasan Solikamsk di Pegunungan Ural melaporkan hal ini.



Menurut keterangan dari pejabat polis tempatan, kanak-kanak yang tidak disebutkan namanya tersebut tidak tahu bagaimana makan dengan baik, dan lebih memilih untuk minum susu dari periuk.

Pihak berkuasa dihubungi oleh jiran gadis tersebut yang tinggal dekat dengan pertanian kecil yang dikendalikan oleh orang tua gadis itu.

Para pegawai berkata bahawa jiran yang cemas itu menjelaskan kepada mereka bahawa ada 'seorang gadis kecil yang hidup dengan kawanan lembu.

"Selama pemeriksaan, kami mendapati bahawa memang benar." Tutur pejabat tempatan.

Ketika ditemui, anak kecil tersebut hampir tidak memakai apa-apa untuk menutupi tubuhnya, dan tinggal dengan para haiwan di ladang.



Orang tuanya juga dipercayai sering mengurung gadis malang tersebut di dalam gudang.

Setelah dihantar ke pusat pemulihan, gadis kecil itu kini telah ditempatkan dengan keluarga asuhan.

Diketahui, gadis itu bukanlah anak pertama yang ditemui 'dibesarkan oleh haiwan di kawasan luar bandar di Rusia.

Pada tahun 2009 silam, seorang gadis bernama Natasha Mikhailova ditemui di flat ayahnya di bandar Chita di Siberia, dimana ia dibesarkan di antara anjing-anjing keluarga. Natasha, yang juga berusia lima tahun, hanya boleh menyalak untuk berkomunikasi, menjilat makanan dan berukuran seperti rata-rata anak berusia dua tahun.

sumber