Cara membuat nugget ayam ternyata cukup menjijikkan. Ayam diproses dengan menggunakan mesin, yang disusun dan dipisah-pisahkan. Ayam tadi diproses sehingga menjadi adunan merah muda.

Adunan berwarna merah muda ini diproses kembali sehingga menjadi nugget atau patty yang biasanya digunakan untuk isian burger. Bentuk adunan ini sebenarnya terlihat menjijikkan dan sangat aneh. Proses pembuatan adunan nugget tadi ternyata harus direndam terlebih dahulu dalam larutan ammonia untuk membunuh bakteria pada ayam.

Proses perendaman itu membuat rasanya menjijikkan sehingga harus diberi perasa ayam buatan. Kemudian, warna pink aneh itu akan dihilangkan dengan menggunakan pewarna buatan. McDonald 's di Amerika terkenal dengan menu nugget ayamnya yang enak.

Kerana berita ini banyak yang menyangka bahawa restoran makanan segera popular ini memakai adunan merah muda dalam nugget ayamnya, khabar ini rupanya tidak benar. Nugget ayam McDonald 's sudah tidak lagi menggunakan adunan berwarna merah muda yang diproses dari mesin seperti ini, hal inilah yang disampaikan oleh lembaga POM Amerika (USDA).

Semua makanan yang mengandungi adunan pink wajib diberi label "mechanically separated chicken or turkey (ternakan atau ayam yang diproses dengan mesin)" dalam senarai bahan yang digunakan. Walaupun cara ini memang biasa digunakan untuk memproses unggas dan babi namun adanya penyakit lembu gila membuat lembu yang diproses dengan cara ini dikategorikan sebagai makanan yang tidak boleh dimakan dan dilarang untuk dikonsumsi manusia.

sumber