- PARA ahli paleontologi telah mendedahkan begitu banyak misteri mengenai kehidupan haiwan purba.


Kini ada satu soalan tinggal: Bagaimana Haiwan Purba Berhubungan Seksual?

Dr Beverly Halstead, ilmuwan asal Inggeris mendedahkan, dinosaur berkembang biak dengan cara berhubungan seksual yang menggunakan kedudukan hampir sama seperti haiwan pada umumnya, iaitu "doggy style".

"Semua spesies dinosaur mempunyai posisi bercinta yang sama," ungkap Halstead, seperti dikutip Daily Mail, Rabu (11/7).

"Dinosaur jantan mengambil posisi di belakang betinanya, kemudian kaki bahagian depan diletakkan di bahu pasangannya," lanjut Halstead.

Untuk menjelaskan lagi teorinya, Halstead juga sempat bekerja sama dengan seorang illustrator untuk membuat gambaran aktiviti dinosaur semasa berkembang biak.

Hasil gambar ini kemudian dimuat di sebuah majalah pada tahun 1988.

Sejak itu, Halstead menjadi ilmuwan pertama yang memunculkan teka-teki mengenai proses pembiakan dinosaur dan memancing ilmuwan lain untuk mengadakan penelitian lebih lanjut.

Teori ini disokong Kristi Curry Rogers, pembantu professor biologi dan geologi dari Macalester College, Minnesota, Amerika Syarikat.

Dituturkan Rogers, dengan tubuh yang besar dan saiz zakar yang mencapai 3 meter untuk Tyrannosaurus (T-Rex), kedudukan yang paling membolehkan ialah bercinta dari arah belakang.

"Posisi yang paling mungkin digunakan ketika intercourse ialah dinosaur jantan berada di belakang dinosaur betina. Untuk posisi lain sepertinya tidak mungkin, "ujar Rogers kepada Discovery Channel.