Banyak orang ingin memiliki gigi yang cantik dan tersusun rapi, bahkan remaja ramai beria untuk mewujudkan impian ini remaja di malaysia tidak kurang yang rela mengeluarkan wang yang tidak sedikit untuk memasang kawat gigi.

Namun nampaknya hal ini tidak berlaku di jepun Di Tokyo, kini gigi berselerak tengah menjadi trend. Banyak salon kini memasang papan nama: pakar membuat gigi hodoh.

Dikenal dengan istilah tsuke yaeba, salon khusus gigi berselerak ramai dikunjungi anak-anak muda Jepun. Bahkan, pelancong dari luar negeri turut jadi pelanggan. Harga menukar gigi ini lumayan tetapi mampu , dengan beberapa siri prosedur bedah kosmetik dan plastik sederhana.

Caranya, gigi-geligi yang tertata rapi semua dibuat kesan bengkok. Tersangat ramainya peminat, sebuah klinik di Ginza bahkan khusus membekalkan gigi bengkok palsu untuk mereka yang ingin mengikuti tren.

Dental Salon Plaisir, yang mengkhususkan diri melayani pesakit yang ingin giginya tampil bengkok, menyiapkan aneka model gigi tak bagus sesuai keinginan pelanggan.

Kadar tsuke-yaeba sekitar ¥ 30.000 (setara US $ 390). Pelanggan akan menjalani prosedur singkat di mana doktor gigi akan menempelkan gigi palsu yang bengkok dengan gam. Warna gigi disesuaikan dengan warna gigi yang asal.

Trend ini dijawab pakar gigi ternama Jepun, Masaru Iwatsuki, sebagai "idea gila". "Gigi mempunyai lubang untuk membiarkan oksigen masuk. Menutupi mereka adalah buruk bagi kesihatan gigi," katanya. ia menyebut trend ini sebagai "bodoh".







sumber