Seorang remaja Taiwan meninggal dunia setelah bermain game selama 40 jam atau lebih kurang 2 hari berturut-turut. Doktor menganggarkan bahawa remaja tersebut tewas kerana serangan jantung akibat terlalu lama duduk dan bermain game.

Remaja Taiwan yang diketahui benama marga Chuang ini meninggal setelah 2 hari bermain game MMORPG (Massively Multiplayer Online Role-Playing Game) Diablo 3 keluaran Activision Blizzard.

Peristiwa ini bermula pada pagi hari tanggal 13 Julai seorang remaja Taiwan berumur 18 tahun yang dikenali sebagai Chuang ini menempah sebuah bilik peribadi di sebuah kafe di Tainan, Taiwan Selatan.

Mulai sekitar tengah hari tarikh 13 Julai, remaja tersebut mula bermain game online selama 2 hari berturut-turut tanpa makan.

Pada pagi hari tarikh 15 Julai, seorang pembantu mencari remaja bernama Chuang tersebut sedang berehat di atas meja, kemudian pegawai membangunkan remaja tersebut. Chuang kemudian bangun dan berdiri, setelah bejalan beberapa langkah, Chuang pun jatuh.

Chuang kemudian dilarikan ke hospital , namun tak lama setelah remaja malang itu tiba di hospital , dia dinyatakan meninggal dunia.

Polis kemudian menyiasat punca kematian Chuang dan melakukan autopsi untuk mencari penyebab kematiannya.

Doktor hospital tempatan membuat spekulasi bahawa dia meninggal kerana serangan jantung akibat menghabiskan masa berjam-jam dalam posisi duduk, hal ini menyebabkan kardiovaskular.

Seperti yang dilaporkan dari VR-Zone hari ini (18/07/2012), ini bukan kematian pertama akibat terlalu lama bermain game. Pada bulan Februari lalu, seorang lelaki di New Taipei ditemui mati selepas bermain game nonstop selama 23 jam dan penyebabkematiannya adalah serangan jantung.

Peristiwa ini mengingatkan semua orang bahawa bermain game dalam waktu yang lama tidak baik bagi kesihatan, kerana tubuh diam menetap selama berjam-jam dan mencetuskan kardiovaskular.

 sumber