Nama makhluk cun ni ialah treechada Petcharat pada waktu siang.

Tetapi pada waktu malam, dia bernama Nong Poy Treechada.

Sebab apa admin kata makhluk, mari admin terangkan di bawah ini.












Di sebalik kecantikan yang luar biasa tersebut, sebenarnya Nong Poy adalah seorang lelaki yang melakukan pembedahan kelamin pada usia 17 tahun.

"Wanita" transgender kelahiran 1984 ini memiliki tinggi 171 cm, saiz badan: 33-24-36 dan massa: 48 kg. Jiwa kewanitaannya sudah mulai ia rasakan sejak dia duduk di bangku sekolah menengah. Dia merasa dirinya lebih sesuai memiliki tubuh wanita dan dia sudah bermimpi untuk menjadi seorang perempuan tetapi dihadapan orang tuanya dia bersikap seperti kanak laki-laki. Kerana dia merasa terseksa 'organ' lelakinya dia melakukan pembedahan pada pada usia 17 tahun.

Pada awalnya dia sangat takut akan pembedahan, tetapi setelah berunding dengan ramai doktor akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan.. Proses pembedahannya sangat menyakitkan bagi Poy. Dia mengalami sakit yang luar biasa tapi demi cita-citanya menjadi seorang perempuan, dia seakan tidak peduli dengan rasa sakitnya pada ketika itu. Setelah dia berubah menjadi 'wanita' rasa sakit itu dianggapnya sebagai bayaran yang setimpal.




Dua tahun selepas pembedahan, Nong Poy berjaya memenangi pertandingan kecantikan 'Miss Tiffany' semasa dia berumur 19 tahun. Pada tahun yang sama, Nong Poy menjadi Miss International Queen (lady-boy) 2004. Ia semakin dihargai tidak semata-mata kerana prestasi antarabangsa yang ia raih. Namun, kecantikan (wajah) ia peroleh terjadi secara semulajadi selepas pembedahan terapi hormon. Tidak seperti wanita trasgender lain, Nong Poy tidak melakukan pembedahan plastik pada wajahnya. Ia hanya melakukan pembedahan pada tubuhnya dan menggantikan kelaminnya menjadi wanita.

Oleh kerana itu, ia pun dibanjiri permintaan sebagai model, bintang iklan, pengendali Rancangan di Thailand. Selain cantik, Nong Poy juga bijak dan berbakat. Kepintaran dan kecantikannya pada akhirnya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat Thiland. Sekurang-kurangnya kerana ia telah membawa nama Thailand ke peringkat antarabangsa.

sumber