Entah siapa yang pertama kali mencetuskan idea menggunakan bra pada lelaki, tapi yang jelas trend ini sedang heboh di Jepun sana.

 

 Wishroom, sebuah syarikat yang menjual barang-barang melalui pos, mengaku sudah mula menjual pakaian dalam ini sejak tahun lalu.

Pada awalnya mereka tidak yakin bra ini akan laris terjual dan hanya menghasilkan 160 buah saja. Tapi ternyata fakta berkata lain, barang dagangan laris dijual memaksa mereka menghasilkan 5000 buah lebih banyak lagi.

Pengarah Wishroom Masayuki Tsuchiya mengatakan bahawa permintaan itu datang dari para pelanggannya sendiri. Merekalah yang mencadangkan untuk dibuat bra khusus lelaki. Sementara itu pengguna bra ini disebut "Bra-o" yang kurang lebih berarti "Bra lelaki".

Produk yang dijual oleh Wishroom mempunyai pelbagai macamvarian warna mulai dari putih, pink, hingga hitam dengan anggaran harga £ 20. Kesemuanya mempunyai cup A dan ukuran antara 32 hingga 38.

"Umumnya para pembeli datang dari para pekerja berusia 30 dan 40 tahunan" begitu papar Masayuki.

"Para pekerja di Jepun sini mengalami tahap stress yang tinggi. Sepertinya bra ini boleh membantu meredakan tekanan itu. ".


source