Baju tersebut hanyalah replika dibuat di Jeddah, Arab Saudi. Sekadar untuk melihat setinggi manakah rupa bentuk Nabi Adam AS

Seorang pemuda Saudi Hamdan al Mas'udiy melakukan sebuah projek pembuatan baju Bapa kita, Nabi Adam 'Alaihissalam. Idea itu muncul setelah membaca sirah Nabi Adam 'Alaihisalam .. Lalu dia melakukan projek tersebut berdasarkan apa yang disebutkan dalam sirah dan hadis-hadis Nabi yang menjelaskan bahawa tingginya adalah 60 hasta ((1 Kaki = 30 cm, 1 hasta = 1.5 kaki, jadi 60 hasta = 90 kaki = 30 meter). maka dia pun ingin membuat baju dengan ukuran bapa kita Adam agar manusia boleh mengetahui ukuran Nabi Adam yang sebenarnya.

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu'anhu, dari Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Allah menciptakan Adam dan tingginya 60 dzira' (hasta). Kemudian Allah berfirman kepada Adam: 'Pergilah, ucapkan salam kepada mereka para malaikat. Lalu dengarlah salam mereka kepadamu, sebagai salammu dan salam keturunanmu! 'Maka Adam berkata:' Assalamu'alaikum. 'Malaikat-malaikat Allah menjawab:' Assalaamu'alaika warahmatullah '-mereka menambahnya dengan' warahmatullah '. Maka semua orang yang masuk jannah (tinggi badannya) seperti Adam. Dan manusia terus menerus berkurang (ketinggiannya) hingga saat ini. "[Hadits shahih muttafaqun 'alaihi]


 

Berikut ini butiran penjahitan baju tersebut
Tempoh penjahitan baju itu adalah 18 hari.

Adapun jumlah gulungan kain yang digunakan dalam penjahitan pakalan itu adalah 40 gulungan dan 30 ribu gulungan benang.

Adapun panjang pakaian itu seperti berikut ini
Panjang pakaian 29 m
Lebar antara dua bahu 9 m, lebar dan bawah adalah 12 m
Panjang lengan 10 m, lingkar leher 6 m - (dia lingkar leher) 2 m.

Pemiliki idea ini dibantu oleh 4 orang penjahit. Pakaian itu diletakkan di salah satu lappangan di depan pintu gol agar orang-orang yang melihat boleh mengkhayalkan bagaimana tubuh bapa kita Adam Alaihi salam.

 
 

sumber :http://www.kaskus.co.id/showthread.php?t=14755140