Perhatikan gambar dibawah ini :





 

Gambar di atas merupakan gambaran replika benda yang paling ditakuti pada masa Perjanjian Lama. Sekurang-kurangnya begitulah gambarannya. kewujudannya dulu begitu kuat dan sangat berpengaruh terhadap bangsa Israel semenjak peristiwa exodus keluar dari Tanah Mesir. Namun, benda itu kini telah hilang ditelan masa, lenyap dari sejarah, dan tak ada yang tahu di mana letaknya sekarang.

  

1000 tahun sebelumnya, King Salomo / Sulaiman as membina rumah / istana asalnya di gunung ini untuk menyimpan benda misteri yang disebut the Ark of the Covenant / Peti Tabut perjanjian.Gunung ini kini menjadi laman Dome of the Rock / Qubbah As-Sakhrah yang luar biasa.

Dome of Rock In The Holy Land:



 

 Apa yang terjadi pada benda terpenting di perjanjian lama ini sehingga boleh lenyap begitu sahaja? Kisah Peti  Tabut itu bermula lebih dari 3000 tahun yang lalu. Seseorang memimpin 2 juta orang ke Gurun Sinai. Orang itu adalah Moses / Musa as yang memimpin kaumnya keluar dari perhambaan di Mesir. Tiga bulan mengembara setelah mukjizat terbelahnya laut merah, Ia membawa orang Israel ke Gunung Sinai.

Allah telah melimpahkan hadiah yang belum pernah ada bagi umat manusia. Dari ratusan undang-undang yang ada di dalam Perjanjian Lama semuanya seolah diturunkan dari suatu tempat. Tapi tidak dengan 10 undang-undang besar yang dibawa Musa turun dari Gunung Sinai ini.

Ada sepuluh perintah Allah yang diturunkan kepada Musa di Gunung Sinai, dan perintah-perintah itu tertulis pada dua batu. Musa juga membuat tempat / bekas yang digunakan untuk menyimpan sepuluh perintah Allah yang disampaikan kepadanya di Gunung Sinai, iaitu apa yang kita sebut sebagai Peti Tabut Perjanjian.


 


 Peti Tabut itu dibuat sangat khusus, dibuat dengan peti kayu dengan panjang 1,2 meter, lebar 61 cm, dan tinggi 61 cm. Diperbuat dari kayu keras yang disebut akasia, bahagian luar dan dalamnya dilekatkan dengan emas tulen.

Di sudut-sudut peti Tabut perlu ada 4 cincin emas, di mana kayu pengusung yang juga disepuh dengan emas boleh dimasukkan untuk membawa peti tabut tersebut.
Penutup yang juga disebut sebagai "tumpuan kaki tuhan" harus juga dibuat dari emas tulen, dimana Patung Mailakat bersayap emas (chrome/tembaga) juga diletakkan di hujung-hujung atasnya dan saling berdepan.


 

 Alasan Israel kerana mencari benda-benda ini:

Peti Tabut itu dikuasai oleh Kaum Israel 40 tahun lama-nya ketika mereka mengembara dan berperang. Bersama peti Tabut itu, orang Israel mampu menakluk tanah yang dijanjikan. Benda ini mengandungi kekuatan dan kepentingan yang tak terbayangkan.

Menurut cerita dalam Alkitab Yahudi, peti Tabut itu dibawa di depan pasukan dalam setiap pertempuran, tiap pertempuran selama penaklukkan orang Israel pada kerajaan Kanaan. Ia terus menerus dibawa dalam perang agar musuh dapat dikalahkan dan peti tabut itu akan selalu berada di garis depan.

Namun pada Route of the Exodus 300 tahun kemudian, Peti Tabut itu meninggalkan orang Israel dan kesannya sangat buruk bagi mereka. Semasa pendeta tinggi mengabaikan kewajipan mereka, Peti Tabut itu tak melindungi mereka dalam perang melawan orang Palestin. 30 ribu orang terbunuh dan orang Palestin mengambil peti Tabut itu. Namun, tujuh bulan kemudian orang Palestin mengembalikannya.

Wabak kudis dan tikus merebak akibat Peti Tabut itu. Akhirnya, di bawah King David (Daud as), orang Israel boleh mengalahkan orang Palestin, lalu memenangi pertahanan terkini dari pihak lawan. Kemudian, Kota Baitulmuqaddis yang dijadikan ibu kota.

Tuhan menyuruh Daud mendirikan Bait Suci untuk menempatkan peti Tabut tersebut, tapi puteranya Salomo / Sulaiman as yang mebangunnya. Kerana kes itu, Gunung Moria menjadi "titik tertinggi" di dalam kota tersebut. Visi Nabi Sulaiman untuk Bait itu tak seperti yang pernah dilihat orang. Gereja Zion of Mary di Axum Utopia adalah dipercayai tempat dimana peti tabut tersebut disembunyikan:


 

 Kini muncul lagi berita baru tentang kedudukan peti Tabut perjanjian ada di dalam masjid al aqsa, Oleh itu israel dengan sangat ganas dan tertekan berusaha untuk agar masjid al aqsa akan di ratakan.

Alasannya klasik, iaitu bahawa dalam masjid al aqsa di letakka menyimpan senjata pemusnah besar-besaran dan sebagai tempat bersembunyi pimpinan utama Al - Qaeda.

Yang dimaksudkan dengan haikal sulaiman adalah istana sulaiman yang dikatakan bangsa yahudi sebagai masjid al aqsa sekarang.


source:lintas


 p.s: Muslihat Israel Zionis yang penuh tipu daya..