Para ulama berselisih pendapat berkenaan dengan hukum najisnya air mani ataupun tidak. 2 pendapat masyhur seperti berikut..

Pendapat pertama: Bersihnya air mani manusia atau binatang melainkan anjing, babi dan yang lahir dari salah satunya.Inilah pendapat mazhab Syafie..

Dalilnya

  • 'Aisyah Berkata:
"Sesungguhnya aku melihat diriku mengikis air mani kering pada baju Rasulullah s.a.w dengan kuku ku dan baginda solat dengan baju tersebut."(Hr Muslim)

Ini menunjukkan air mani bukan najis kerana ia tidak dibasuh.

Pendapat kedua: Air mani adalah najis..Ini pendapat mazhab Hanafi.

Dalilnya

  • Daripada 'Aisyah juga:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w membasuh air mani"( Hr Bukhari dan Muslim).

Ini menunjukkan air mani adalah najis kerana ia dibasuh..

Adakah Air Mani halal dimakan?

Imam Nawawi berkata:

Pendapat yang sahih lagi masyhur dalam pendapat mazhab Syafie menyatakan tidak halal makan air mani kerana ianya dianggap perkara yang jijik..

Firman Allah S.W.T..

Maksudnya:" Dan Rasul mengharamkan kepada mereka perkara yang menjijikkan"
(157: Al-A'raf)

Kesimpulan

  • Mazhab Syafie mengatakan air mani adalah bersih dan boleh dibawa solat..
  • Mazhab Hanafi mengatakan air mani adalah najis..
  • Dalam Mazhab Syafie, air mani tidak halal dimakan sekalipun ia bersih kerana ia menjijikkan..
kredit:
~akhisalman~