Biasalah, bila kita dah cantik ni, kita berlagak, padahal kita ini sebenarnya berasal dari mani yang kotor.
Patutkah wanita ini memarahi polis ini?.

Mari kita baca perenggan di bawah ini...

Natasha Wan Xue

Seorang mahasiswi berwajah cantik bernama Natasha Wan Xue terpaksa berurusan dengan pihak polis tempatan setelah menyerang empat polis dan memakinya dengan bahasa kotor. Demikian seperti yang dilaporkan oleh The Straits Times, Jumaat (4/5/2012).

Wan, berusia 24 tahun, didapati bersalah melakukan tindakan jenayah dan kata-kata kotor terhadap pekerja masyrakat.

Kejadian itu bermula pada 26 Oktober tahun lalu apabila dua polis melihat seorang bouncer (kaki pukul) memaksa Wan dan teman lelaki bernama Lim Zhao Ming, serta lelaki lain keluar dari kelab malam Zouk di Singapura.

Lim mengalami luka dan titisan darah di bajunya. Dua polis bertanya jika Lim memerlukan pertolongan perubatan. Sayangnya, Lim malah menengking ke arah polis serta Wan tiba-tiba memukul wajah seorang polis dan memakinya dengan bahasa kesat.

Dua polis kemudian tiba di tempat dan kemudian menangkap Wan. Semasa dalam perjalanan menuju pejabat polis, sekali lagi Wan memukul polis dengan melagakan kepalanya ke arah polis yang lain dan menggigit lagi di bahagian pergelangan tangan.

Petugas yang digigit terpaksa dihantar ke hospital dan tinggal di sana selama enam hari dan 13 hari untuk waktu rehat.

Peguam bela undang-undang Wan mengatakan kliennya sedang stress ketika ia sedang melakukan kejahatan itu. Dalam sebuah ujian menunjukkan kadar alkohol di darahnya mencapai 172 mg per 100 ml. Dua kali ganda dari 80 mg untuk batas normal untuk membawa kenderaan.

source: srm