penjual daging

Langsir Maya - Polis Yunnan, China, menahan seorang lelaki yang didakwa melakukanpembunuhan dan amalan kanibalisme terhadap belasan mangsanya. Dia juga  didugamenjual daging-daging manusia ke pasar, menipu dengan mengatakan bahawa itu daging binatang.
Diberitakan China Post, Sabtu 26 Mei 2012, Zhang Yongming ditahan polis Yunnan dua minggu lalu di rumahnya di desa Nanmen. Dia diduga terlibat dalam kes kehilanganbelasan pemuda sejak tahun lalu.

Semasa menggeledah rumah lelaki 56 tahun ini, polis terkejut bukan main. Di dalambilik rumahnya, terdapat daging-daging manusia yang digantung sembarangan untukdikeringkan. Di sebuah botol, polis menemui dua bola mata manusia yang direndam didalam arak.

Polis meneka, selain memakan sendiri daging-daging tersebut, Zhang memberikannya untuk makanan tiga anjing. Polis juga mengatakan bahawa Zhang dikhuatiri telah menipu peniaga di pasar yang membeli daging manusia darinya. Semasa menjualnya,Zhang mengaku bahawa itu adalah daging burung unta.

Bukan kali ini saja Zhang terlibat dalam kes pembunuhan. Sebelumnya, dia dipenjaraselama 20 tahun kerana membunuh. jirannya, Zhang digelar sebagai "monster kanibal."Jiran Zhang mengaku sering melihat lelaki pendiam ini menggantung plastik hijau dirumahnya, dengan tulang putih tersembul keluar.

Para pelapor awalnya menduga keluarga mereka hilang akibat diculik dan kerja paksa di kilang batu bata. Menurut Tencent, salah satu portal berita di China, mangsa Zhangdipercayai berjumlah hingga 17 orang.

Kanibalisme di China merebak sejak terjadinya wabak kelaparan semasa perindustriannegara itu gagal pada tahun 1950an. Pelbagai kes kanibalisme individu terjadi pada Revolusi Budaya dari tahun 1966 hingga 1976, sebagai bentuk perlawanan terhadap musuh komunis. (tm)