Bagi sesetengah orang, hanya menjenguk ke bawah dari tingkat 15 sudah cukup mengerikan, dan membuat bulu roma meremang. Tapi bagi pemilik sebuah penthouse di Guadalajara, Mexico, kengerian itu adalah sesuatu yang harus dihadapi setiap kali mereka duduk di jamban..

Ini kerana, bilik mandi ini terletak tepat diatas lubang bekas lif setinggi 15 tingkat yang sudah tidak digunakan lagi.



Yang lebih mengerikan lagi, ketika si pemilik melaksanakan aktiviti seharian- yang ringkas, seperti menggunakan tandas atau memberus gigi, mereka dapat melihat ke bawah melalui lantai lutsinar dari kaca.

Penthouse mewah ini terletak di atas sebuah bangunan kolonial Mexico tahun 1970-an di Guadalajara. dan dalaman dalam rumah ini direka oleh arkitek Hernandez Silva Arquitectos.

Menurut thisiscolossal.com, para arkitek berkata: "Pada awalnya ini bertujuan untuk membina lif kedua, namun tidak pernah dipasang, dan dijadikan tandas dengan lantai kaca yang membuat anda dapat melihat dengan jelas 15 tingkat ke bawah.

Struktur penthouse ini dibina berdasarkan medan dan plat, yang bererti para arkitek boleh mengeluarkan dinding dan mencipta lebih banyak ruang dengan memasang tingkap besar.





 


dicebok dari:nah.