Seorang guru dituduh membuat hubungan intim dengan salah satu muridnya dan mengganggu pelajar lain yang dia jemput ke bilik tidurnya. Jennifer Schultz (25) dipercayai membiarkan kedua-dua budak itu meneguk vodka di rumahnya, sebelum membenarkan mereka tidur di biliknya


Peguam menyatakan, dia berbaring di antara kedua-dua budak itu dan mula berhubungan intim dengan salah satunya. Murid yang lain menyaksikan adegan tersebut. Ia kemudian menawarkan untuk membuat hubungan dengan salah satu remaja itu . Si murid menolak dan Schultz mulai menerkam tubuhnya. Kedua-dua murid itu berusia 17 tahun dari Hebron High School di North Dakota, Amerika Syarikat. Di sekolah itu, diberitakan Daily Mail, dia mengajar bahasa Inggeris. Insiden ini berlaku pada November 2011 lalu dan pihak sekolah langsung memecatnya setelah mendengar insiden tersebut. Jennifer Schultz kemudian mengundurkan diri dan berpindah ke sebuah sekolah di Minnesota. Pihak polis masih mengadakan penyiasatan.


sumber:sini