Sepuluh tukang masak berasal dari Itali berjaya mencipta sosej terpanjang di dunia. Sosej sepanjang 597,8 meter itu berjaya mengalahkan sosej terpanjang versi Guinness Book of Records yang panjangnya? Hanya? 392 meter.

Diperlukan tiga jam dan daging seberat 589 kilogram untuk menyempurnakan sosej tersebut. Ketua projek pembuatan sosej tersebut, Alberto Della Pelle, mengaku gembira dapat merealisasikan mimpinya. ? Kami amat bangga telah mencipta rekod dunia baru dengan makanan lazat seperti itu,? kata Pelle.

Setelah dilakukan pengukuran rasmi oleh pihak Guinness Book of Records, sosej tersebut dipotong menjadi 7000 bahagian dan dijadikan sandwic yang dijual kepada warga sekitar. Seluruh hasil jualan dari sandwich tersebut akan disumbangkan.

Itali memang syurga untuk para pecinta masakan. Pada 2004, tukang masak di bandar Mottola berjaya mencipta sandwich terpanjang di dunia yang panjangnya mencapai 634,5 meter. Koki dari Mottola kembali berkarya dengan mencipta roti rata terlebar atau yang lebih dikenali dengan focaccia pizza yang lebarnya mencapai 297 meter persegi.


sumber:sini