Wanita ini tiba-tiba saja muncul di celah-celah orang ramai kota London. Ia membuat heboh dan jadi pusat perhatian kerana mengenakan gaun pengantinberwarna pink yang beratnya mencapai 76 kg.

Tentulah bukan kerana tanpa tujuan, wanita bernama Gem Allen itu berada di tengah orang ramai London dengan mengenakan gaun pengantin. Ia melakonkan hal tersebut untuk mempromosikan siri reality show terbaru 'Big Fat Gypsy Weddings' yang ditayangkan di Channel 4, Inggeris.


Channel 4 memang sengaja menghantar Gem ke pusat-pusat membeli belah yang ramai orang di London dengan memakai gaun pengantin yang sangat berat. Gaun tersebut direka oleh Thelma Madine, pereka yang membuat sebahagian besar gaun untuk para mempelai wanita di reality show 'Big Fat Gypsy Wedding'.

Gaun yang dipakai Gem cukup berat kerana gaun tersebut dihiasi kristal Swarovski di seluruh bahagiannya. Ada enam rok dalaman yang dijahit untuk melengkapkan gaun tersebut.

Tentunya gaun yang berat itu menyusahkan Gem. Dia harus berjuang untuk masuk dan keluar dari limousine yang membawanya mengelilingi pusat keramaian di London, salah satunya adalah Istana Buckingham.

"Perlu lima minit untuk membuatnya keluar dari limo dan lima minit juga untuk memasukkan. Dia juga tidak boleh duduk di kerusi, tapi di lantai kereta," ujar salah seorang pekerja yang membantu Gem keliling London. Tersirat lagi, gaun tersebut juga benar-benar membuat pinggang si model menjadi sengal.






Ketika keliling bandar dengan gaun tersebut, tentu saja Gem jadi pusat perhatian. "Banyak lagi orang ingin bergambar dengannya dan dia banyak sekali dilamar. Banyak sekali kereta yang menghonnya," tutur seorang pekerja yang ikut mendampingi Gem.

Seperti dipetik dari Daily Mail, untuk para wanita gypsy, berkahwin dengan gaun yang berat memang sebuah kewajipan. Malah semakin berat gaun tersebut makin bagus. Gaun pengantin wanita gypsy bahkan ada yang dilengkapi dengan 24 rok , sehingga membuat gaun tersebut jadi sangat lebar.


sumber:here