Biasanya pada sebuah kedai dijual beberapa barang untuk keperluan manusia. Namun, bolehkah anda bayangkan jika ada sebuah kedai yang menjual manusia?

Sebuah kedai di pusat membeli-belah di Tel Aviv, Israel, =.= , kebelakangan ini menjadi pusat perhatian. Ini kerana , "barang" yang dijual di kedai itulah yang menarik orang ingin tahu. Kedai itu tidak menjual sebarang barang. "Di depan pintu kedai tersebut dengan jelas terpampang sebuah tulisan yang pastinya membuat orang terpegun dan ingin tahu. "Perempuan Untuk Dijual," begitulah papan tanda yang tertulis dengan huruf besar latin di depan pintu kedai itu.
 
Sebagaimana pengumuman yang terpampang di pintu kedai itu, maka anda tidak akan dapat mencari barang lain di dalamnya selain perempuan. Kedai itu berada di antara kedai pakaian, kedai buku / komik, kedai tatu, dan pelbagai kedai lain. Sememangnya kedai yang mempamerkan barangnya di katalogkan, kedai penjual perempuan itu pun demikian juga. Para perempuan berpakaian seksi dan ketat yang tentu saja menggoda iman para lelaki yang lalu lalang terpampang dengan jelas di depan kedai.



Dan, kerana mereka makhluk hidup, tiap kali ada lelaki yang kadang cuma nak menggoda, mata mereka pun mengedip ke arah wanita itu. Namun, tak semua perempuan yang dipamerkan di kedai itu berdandan cun dan cantik. Di antaranya ada perempuan bermuka lebam seperti mangsa keganasan. Para perempuan tersebut kerap kali berteriak seperti orang kesakitan. Mereka juga sering merintih seperti baru habis disiksa.

Rintihan dan teriakan mereka membuat orang yang melihatnya menjadi hiba dan prihatin. Beberapa perempuan yang dipamerkan juga memaparkan umur, berat badan, tinggi, saiz bra, dan negara asal yang ditulis di papan bersaiz kecil. Jika dilihat sekilas, kedai itu seperti tempat pelacuran. Mereka juga tidak segan berpose seksi seperti model majalah lelaki dewasa. Tapi, tak disangka jika kedai itu benar-benar menjual perempuan.


Kedai itu dibuka sebagai media kempen anti pelacuran dan perdagangan manusia (human trafficking) yang dilakukan oleh pertubuhan-pertubuhan yang peduli dengan perdagangan manusia. Perempuan-perempuan untuk dijual yang dipamerkan di depan kedai itu adalah para sukarelawan. Kedai itu bertujuan mengumpulkan tanda tangan dari masyarakat untuk menekan Kementerian Kehakiman Israel agar menyokong penguatkuasaan undang-undang kejahatan bagi lelaki yang pergi ke tempat pelacuran.




Menurut satu pertubuhan gerakan, Ori Keidar, peraturan itu diperlukan untuk menghentikan perdagangan perempuan di Israel. "Pengurangan pelanggan pelacuran membuat keperluan wanita untuk pelacuran merudum sehingga organisasi penyeludup perempuan kehilangan mata pencarian," ujarnya seperti dilaporkan CNN. Keider mengatakan, Sweden sudah mempunyai peraturan yang sama. "Terbukti menurunkan tingkat pelacuran terutama yang berkaitan dengan organisasi kejahatan," kata Keidar.

Selama satu dekad yang terkini 10. 000 perempuan diseludupkan ke Israel. Keidar menyebut keadaan itu sebagai perhambaan masa modern. Perempuan-perempuan itu dipenjara, disiksa, diperkosa, dan dibiarkan kelaparan. "Mereka dipaksa melayani 15 hingga 30 orang setiap hari, 365 hari setahun," kata Keidar yang bekerja sebagai pengacara. Sejak tiga tahun lalu polis Israel giat memerangi perdagangan perempuan secara langsung dengan menyita tempat-tempat hiburan malam.


Pasukan Israel juga meningkatkan rondaan di sempadan Mesir-Israel untuk mencegah penyeludupan perempuan. Menurut Keidar, sempadan sepanjang 300 km tersebut adalah laluan utama penyeludupan perempuan ke Israel. "Peraturan yang melarang lelaki pergi ke tempat pelacuran bakal mengurangkan perdagangan perempuan dan menekan perniagaan tersebut sehingga kita bakal memastikan bahawa hal itu tidak ada lagi di Israel.

 

 





sumber:here