Bulu ketiak yang lebat menjadi masalah besar, khususnya bagi kaum peremuan , banyak cara yang dilakukan untuk menghilangkan bulu ketiak, tapi kebanyakannya hanya dapat menghilangkannya bagi tempoh sementara. Tapi bagaimana hendak membuatkan bulu ketiak tidak tumbuh lagi?.

Waxing atau mencukur rambut hanya boleh menghilangkan bulu di ketiak untuk sementara waktu. Bahkan dalam beberapa kes dapat menyebabkan bulu tumbuh kembali dalam keadaan yang tidak terurus iaitu ada yang panjang dan pendek.

Dipetik dari Ehow, berikut beberapa cara yang dapat dilakukan agar bulu ketiak tidak tumbuh lagi:

1. Serbuk Tawas
Penggunaan serbuk tawas yang mengandungi aluminium sulfat pada ketiak tidak hanya mengurangi dan menghilangkan bulu ketiak, tetapi juga boleh mencerahkan kulit ketiak yang hitam yang disebabkan oleh iritasi.

Setelah mandi, gosokkan hirisan lemon dan gunakan bubuk tawas dengan cara meratakannya pada kedua ketiak, jika perlu gunakan juga serbuk penaik (baking soda) pada ketiak. Basuh ketiak dengan minyak kelapa dan bilas dengan air setelah 20 minit.

2. Laser
Laser hair removal berkesan dengan menerapkan spektrum cahaya laser untuk membunuh akar rambut pada ketiak. Tapi pada teknik ini, bulu ketiak yang akan dihilangkan haruslah seperti bulu yang kasar bukan halus.

Menghilangkan bulu ketiak dengan teknik ini mungkin sedikit membuat Anda merasa panas dan tidak nyaman. Beberapa kesan sampingan seperti kulit ketiak menjadi kering dan berjerawat juga kadang-kadang terjadi. Tetapi pakar kulit biasanya akan mencadangkan beberapa cara untuk mengurangkan kesan sampingan tersebut.

3. Elektrolisis
Elektrolisis adalah salah satu kaedah yang paling efektif untuk menghilangkan bulu ketiak, baik berupa rambut kasar atau hanya bulu nipis. Pada teknik ini, setiap helai rambut dihancurkan dari akarnya dengan menggunakan arus eletrik.

Rasanya mungkin tidak nyaman, tetapi biasanya hanya digambarkan seperti perasaan pelik ketika bercukur.

Elektrolisis akan menyebabkan kerengsaan kepada kulit, disebabkan itu ada beberapa tahap rawatan selepas itu. Pesakit harus berhati-hati agar dapat menghindari dari terjadinya kedutan dan kerengsaan kepada kulit.

p/s:Kepada yang berbulu ketiak lebat, admin sarankan korang cubalah kaedah-kaedah ini, moga bulu ketiak tidak tumbuh lagi.

Kredit:sini