Semua orang nakkan keturunan untuk melanjutkan keturunan mereka di dunia ini.
Ketidak suburan atau gangguan kesuburan bukan hanya pada wanita, namun juga berlaku pada laki-laki. Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan gangguan pada kesuburan lelaki yang boleh menyebabkan kemandulan. Dalam 50 tahun terakhir ini , dikatakan kesuburan lelaki telah menurun sekitar 2 % setahun. 

Sebahagian besar dari gangguan kesuburan pada lelaki ini disebabkan oleh gaya hidup yang salah. Pakar mengatakan bahawa ketika pasangan mengalami ketidaksuburan, 1/3 pertiganya ialh disebabkan oleh perempuan, 1/3 lagi disebabkan oleh lelaki dan 1/3 lagi disebabkan oleh kedua-duanya sekali. 

Penyebab ketidak suburan bagi lelaki ialah disebabkan oleh faktor genetik, ada juga yang berkaitan dengan gaya hidup. Berikut ialah beberapa perkara yang boleh meningkatkan risiko lelaki menjadi tidak subur, seperti yang dilaporkan oleh FoxNews:


1.Gangguan Genetik. Mutasi pada genetik boleh menghilangkan lapisan karbohidrat di sekitar sperma sehingga mengurangkan pergerakannya. Jika laki-laki mewarisi dua mutasi genetik dari ayah dan ibunya , maka keadaan ini akan menyulitkan isterinya untuk hamil.

2.Gemuk (obesiti). Memiliki tubuh badan yang gemuk atau terlebih berta badan akan membuatkan badan menjadi tidak sihat hingga mempengaruhi fungsi setiap sel yang ada dalam tubuh termasuklah sperma.

3.Pekerjaan. Beberapa pekerjaan boleh mempengaruhi jumlah sperma seperti menjadi pelukis, tukang sapu lantai, buruh binaan, pemandu dan beberapa pekerjaan di pejabat lain yang banyak duduk , ia akan menyebabkan suhi di skrotum (karung telur) meningkat.

4. Penyalahgunaan Alkohol. Lelaki yang ketagih alkohol akan memilik kurang 30 peratus sel-sel normal di dalam air maninya.
5.Masalah Seksual. Beberapa gangguan seksual yang dimiliki oleh lelaki seperti ejakulasi pramatang atau mati pucuk akan membuatkan lelaki menjadi sulit untuk menghamilkan pasangannya.
6.Merokok. Salah satu kesan negatif yang terbesar ialah lelaki yang merokok dapat memiliki kekacacatan sperma.
7.Kekurangan zat vitamin. Untuk memiliki sperma yang sihat , zat besi seperti vitamin C, zinc, vitamin E dan beta karotene yang cukup amat diperlukan.
8. Salah makan benda beracun. Sering kita lihat bahan beracun yang terkandung dalam racun serangga atau cat tin boleh juga merosakkan sperma.
9. Menggunakan Ganja Atau Dadah. Lelaki yang menggunakan dadah seperti ganja atau yang lain, boleh menyebabkan kekurangan jumlah sperma yang drastik serta kualiti .
10.Sering memangku laptop. Jika anda sering guna laptop, maka dinasihatkan anda supaya meletakkanya di atas meja atau menggunakan pelapik, kerana memangku laptop boleh menyebabkan suhu di skrotum yang mempengaruhi kualiti sperma . Jagalah kesihatan anda dan kesuburan anda sebelum terlambat dan tidak dapat menimang cahaya mat.