Shanghai, China, Seorang pesakit perempuan di hospital Shanghai, China pergi berjumpa doktor gigi kerana ada masalah dengan gigi dan mulutnya sehingga harus dibedah. Ketika diminta menutup mata dan membuka mulutnya, pesakit ini menurut saja kerana menyangka memang demikian prosedurnya.

Tapi si pesakit merasakan ada benda asing dengan ukuran tidak wajar masuk ke dalam mulutnya yang sedang terbuka lebar. Betapa terkejutnya ia ketika membuka mata, ternyata benda yang ada di mulutnya adalah kemaluan sang doktor yang sengaja dikeluarkan dari seluar.

Kejadian memalukan itu berlaku di hospital Qinpu Zhongshan yang terletak di daerah Qinpu, Shanghai. Pesalahnya adalah seorang doktor gigi berusia 28 tahun, jantina laki-laki, mempunyai master dan telah bekerja di hospital tersebut selama 2 tahun.

Kelakuan doktor gigi yang sungguh keterlaluan ini membuatnya harus dikurung di lokap tahanan polis. Pihak hospital sendiri mengaku belum boleh memberikan kronologi yang lebih detail kerana kes ini masih dalam penyelidikan.

Namun yang jelas peristiwa ini mengejutkan semua orang yang pernah mengenal doktor tersebut. "Dia adalah doktor gigi yang sangat berkualiti, belum pernah menunjukkan kelakuan seperti ini," kata Wang, salah seorang kakitangan di hospital itu seperti dipetik dari Shanghaidaily.

Dipercayai si doktor gigi itu sedang menghadapi masalah psikologi, semacam kemurungan pada tahap yang cukup berat kerana memang sedang mengurus proses pernikahan dengan kekasihnya. Namun sangkaan ini belum dapat dipastikan kerana masih dalam penyelidikan polis..

Kalau pun terbukti bahawa doktor gigi tersebut mengalami kemurungan, maka hubungannya dengan perilaku seks yang menyimpang itu tetap akan mencetuskan perdebatan. Dalam banyak kes, kemurungan justeru menurunkan ghairah seks dan bukan malah membuat penderitanya menjadi hiperseks


 sumber