White, seorang ahli psikologi mempunyai skill berkesan untuk mengorek isi hati kliennya: bogel. Yup, Sarah menggunakan terapi telanjang bagi pelanggannya. Perempuan 24 tahun ini menanggalkan seluruh pakaiannya ketika melakukan sesi soal jawab dengan pelanggannya.

Uniknya lagi, Sarah yang membuka tempat terapinya di New York, Amerika Syarikat ini tidak terus menanggalkan pakaiannya. Tapi dia menanggalkannya satu persatu. Mulai dari blazer, kemeja, seluar sampai akhirnya of course, pakaian dalamnya. Tak hairan bila pelanggannya kebanyakan laki-laki.

Sarah yakin terapi ini membawa kliennya ke alam bawah sedar sampai akhirnya kliennya membuka fikiran dan menceritakan seluruh masalahnya. "Aku menggunakan kekuatan ghairah yang boleh membuat aku mengawal situasi terapi," kata Sarah kepada New York Daily News. "Sesi terapi pun lebih menyenangkan."

Untuk sesi permulaan Sarah menawarkan harga US $ 150 atau sekitar RM 300 ringgit . Biasanya konsultasi pertama bermula melalui kamera web dan chating. Setelah itu melalui video dua hala melalui Skype dan untuk beberapa kes pelanggannya boleh bertemu dengannya.

Sehingga kini, Sarah mempunyai 30 pelanggan dengan pelbagai latar belakang. Ada pelajar yang punya masalah seksual, ada lelaki separuh umur yang mempunyai hubungan asmara tapi ada juga pelanggan perempuan yang suka chating dengannya.

"Terapi bogel amatlah terbuka bagi sesiapa, tujuannya untuk menyedarkan pelanggan, tidak ada yang saya tutup dan ini mendorong mereka untuk lebih jujur​​," kata Sarah. Jadi, untuk pelanggan laki-laki, terapi bogel boleh membuat mereka fokus dan bersuara secara terbuka. "Freud menggunakan teknik free association, aku menggunakan teknik bogel."

Tertarik? Anda boleh melawat laman webnya untuk membuat perjanjian. Namun dia mengakui terapi bugil ini tidak diluluskan oleh persatuan kesihatan . Dan dia juga belum mendapatkan lesen rasmi sebagai terapi. Yang jelas, dia disokong oleh kekasihnya. "Tetapi ayah dan ibuku belum tahu, aku harus memberi tahu sebelum mereka membacanya di akhbar," katanya.

Psikologi klinikal, Diana Kirschner tidak bersetuju dengan terapi bogel yang dilakukan Sarah. "Ini bukan terapi tapi ini adalah bentuk pornografi interaktif melalui internet," katanya. Menurut beliau semua bentuk interaksi seksual melanggar kod etika Persatuan Psikologi Amerika.