Kalau korang baca Utusan Online,

Korang perhatikan artikel bertajuk "Jenazah wanita masih utuh, berbau wangi".




Berita luar negara ini adalah copy paste dari Okezone.com. Dan jika anda pergi ke sumber asal artikel ini di sana, ini sahaja yang anda dapat lihat:





Maka dari mana pula datangnya gambar mayat dalam artikel cap Utusan itu?

Pada mulanya, saya terkejut juga melihat gambar mayat "yang masih utuh dan wangi" itu. Ini kerana saya 100% yakin pernah melihat gambar ini dalam sebuah buku (yang tidaklah pula saya ingat tajuknya). Maka masakan pula boleh gambar itu adalah gambar mayat wanita tersebut.






Dan apabila menyedari tiada gambar mayat tersebut di artikel asal, maka sahihlah Utusan sudah tokok tambah berita. Mungkin untuk menyedap berita dan menambah sensasi. Tapi kalau iya pun, letaklah kenyataan "Gambar sekadar hiasan".






Tapi juga, kalau pun gambar itu sekadar hiasan semata-mata, yang paling tak boleh tahan, macam mana Utusan boleh letak gambar mayat firaun sebagai gambar hiasan untuk artikel tersebut?



SUMBER


p/s:Kesian firaun...