LOS ANGELES:Semua kakitangan Facebook merancang untuk percutian mereka yang hebat selama bertahun-tahun dan apartmen mewah di California.Selepas proses pengapungan kekayaan 15 billion Facebook di pasaran saham semakin dekat, 100 pekerja dijangka akan menjadi jutawan segera.

Mengikuti langkah yang dibuat oleh Google pada 2004 iaitu mengemukakan kertas kerja kepada pihak berkenaan bagi penawaran penyenaraian awam (IPO) ialah satu langkah yang bernas.Ini kerana tindakan seperti itu akan menjadikan syarikat itu berjaya sehingga bernilai sehingga RM 300 Billion.

Syarikat yang mempunyai 3,000 pekerja itu berharap dapat menyenaraikan Facebook di bawah simbol FB di Pasaran Saham New York atau Pasaran Saham Nasdaq.

Dalam peraturan difailkan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Saham, Facebook Inc membayangkan harapannya untuk mengumpul sehingga AS$5 bilion (RM15 bilion) melalui IPO berkenaan dan ia adalah rekod baru untuk syarikat teknologi di pasaran saham selepas Google mencatatkan nilai RM5.73 bilion pada 2004.


Ia menjadi perubahan besar terhadap syarikat yang dijelaskan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, dalam dokumen berkenaan sebagai “pada peringkat awal tidak dicipta untuk menjadi syarikat.” “Ia dibangunkan untuk menyempurnakan misi sosial – bagi menjadikan dunia lebih terbuka dan saling berhubung,” katanya.

Zuckerberg juga menyatakan, mereka menanam budaya unik dan pendekatan pengurusan dikenali sebagai “Kaedah Penggodam.” “Ungkapan ‘penggodam’ diberi gambaran negatif secara berlebihan dalam media sebagai seseorang yang menceroboh komputer.

“Hakikatnya, penggodaman bermaksud membina sesuatu dengan pantas atau mencuba batasan kemampuan diri,” katanya.

Dokumen dikemukakan Facebook Inc juga mendedahkan beberapa fakta penting firma banyak berahsia itu, selain kawalan ketat Zuckerberg ke atas pelbagai aspek pengurusan syarikatnya.


Bila semua orang menyangka semua orang yang boleh berbahasa Inggeris mempunyai akaun Facebook, sebenarnya tidak, Facebook baru menerokai 60 % pasaran di Amerika , Britain dan paling popular di Chile, Turki dan Venezuela.


Akibat China yang menapis Facebook, dikatakan Facebook mengambil langkah menyediakan dasar tapisan, tetapi mereka masih ragu kerana dasar itu seakan menyekat semua kemudahan Facebook. 

p/s:Admin respek kerajaan China kerana mereka tidak mudah terima produk luar, tetapi menghasilkan produk sendiri

  

source:here