KOTA BHARU: Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, gadis yang tiba-tiba menjadi sebutan gara-gara dikaitkan dengan penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, baru-baru ini, disifatkan mempunyai pakej lengkap ‘beauty with brain’ (jelitawan bijak).
Pada usia muda, dia bijak merangka masa depan dengan memiliki dua butik pengantin, mempunyai kemahiran dalam bidang solekan dan aktif menjalankan perniagaan menjual produk kecantikan di Internet.
Nur Eilunie atau mesra dengan panggilan Leuniey berkata, ketika rakan seusia melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan menikmati zaman muda dengan keluar bersama rakan, dia menumpukan hampir semua masanya dengan menguruskan perniagaan.

“Sepatutnya, selepas habis peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, tetapi saya memilih menguruskan perniagaan keluarga. Saya nekad untuk serius dalam bidang perniagaan untuk masa depan cemerlang.



“Saya juga mengambil kursus solekan di Jakarta, Indonesia sebagai pelengkap kepada perniagaan diuruskan. Selain itu, ibu dan ayah membantu memberi tunjuk ajar bagaimana menguruskan perniagaan butik pengantin,” katanya ketika ditemui di butiknya bersama ibunya, Noor Laila Abu Bakar, 43, di sini, semalam


sumber : che-armad