Sebuah hotel di Istanbul, Turki, diperuntukkan khusus bagi kaum yang suka bogel. Baru sempat beroperasi selama enam hari,pihak kerajaan di negara tersebut akan menutupnya.Hotel itu mempunyai 64 bilik, dibina di kawasan pelancongan semenanjung Datca, di arah timur dari tempat pelancongan Marmaris yang jauh lebih terkenal dan ramai. Di situlah, semua tetamu dibebaskan untuk menikmati sensasi berbugel ria bila-bila masa, di mana saja.
Kerajaan Turki menutupnya setalah mendapati salah satu balkoni hotel itu tidak sesuai dengan gambar yang dirancangkan oleh arkitek . 12 tetamu pertama yang berpakai separuh telanjang dipaksa untuk berpindah ke hotel biasa.Ahmed Kosar, tauke hotel itu yang sudah 15 tahun bergelumang dengan industri pelancongan Turki, berharap dapat mengubahsuai balkoni dan membuka kembali hotelnya pada Rabu mendatang.

Ahmed Kosar mengatakan kepada BBC, dia akan selalu mencari cara baru untuk memromosikan perniagaan yang bernilai US $ 20 bilion itu. Ia mendakwa, sejumlah pelanggannya dari Eropah di hotel-hotel miliknya yang lain berminat untuk bercuti di hotel bogelnya.Dengan itu, Ahmed membebaskan para tamunya untuk bertelanjang di sekitar kolam renang atau menggunakan bas khusus untuk dihantar ke pantai peribadi agar mereka tidak bertelanjang.Ahmed Kosar mengatakan, dia berupaya membuka kembali hotelnya kerana sebetulnya banyak hotel di daerah itu yang dibolehkan beroperasi walaupun tidak mempunyai pelbagaispefikasi yang diwajibkan oleh pihak pelancongan Turki.


Ahmed menambah, hotelnya yang ini dibina selama dua tahun dan tidak ada bantahan dari penduduk tempatan, asalkan para pelancong telanjang ketika berada di kompleks hotel atau di pantai peribadi.Hotel itu hanya boleh menerima tetamu orang asing, tidak untuk orang-orang Turki. Para kakitangan hotel yang hampir semuanya laki-laki juga memakai baju biasa. Kosar tidak menyangkan pihak kerajaan hendak menutup hotelnya.
Kosar menambah lagi, jika projeknya tetap dihalang , dia akan berpindah ke Croatia atau Siprus Utara.





sumber