Menguap adalah hal yang sangat biasa dilakukan apatah lagi ketika bosan,, mengantuk, atau kadar oksigen dalam otak berkurangan. Namun, hati-hati apabila menguap. Jangan sampai anda tidak dapat menutup mulut kembali, seperti menimpa remaja Inggeris, Holly Thompson.

Gadis 17 tahun itu menguap ketika sedang mengikuti pelajaran politik di sekolahnya, Kingsthorpe, Northampton. Namun, itu menjadi tanda awal kejadian yang tidak dapat dilupakannya. Selepas membuka mulut lebar-lebar, ia seperti terperangkap. Mulutnya tidak boleh tertutup kembali.

Terkejut tidak dapat menutup mulutnya kembali, Holly segera meminta batuan rakan sekelasnya. Namun, sia-sia. "Ketika dia tidak boleh membantu saya menutup mulut, dia melaporkan ke guru," ujarnya seperti dipetik dariDaily Mail.

Merasa malu kerana ditertawakan rakan-rakan sekelas dan guru, Holly langsung memeriksa dirinya di unit kesihatan sekolah. Namun, semua usaha yang dilakukan jururawat untuk menutup rahang gagal. Ia lalu dilarikan ke hospital rawatan lanjut.

Walaupun sangat pelik dan mungkin lucu, doktor Ejiro Obakponovwe tidak berfikir hal tersebut patut ditertawakan. "Ini boleh sangat serius kerana dia tidak boleh makan, tidak boleh betul-betul minum, dan akan betul-betul mengalami hidrasi air," ujar Ejiro dalam rancangan BBC 'Bizarre ER'.

Untuk mengatasi hal ini, Ejiro meletakkan 26 depressors lidah di mulut Holly. Ini dilakukan untuk membuat rahang letih dan rileks sehingga boleh kembali mengatup. Setelah itu berjaya, Ejiro pun memperbaiki kedudukan rahang Holly dengan kedua-dua tangannya. Setelah kejadian itu, Holly dilarang menguap, kerana kedudukan rahangnya menjadi tidak stabil.

Terlepas dari penderitaannya, kejadian yang dianggap memalukan ini justru membuatnya terkenal di Youtube.Bagaimana tidak, video yang memaparkan kecederaan Holly dikemas dengan sangat unik dan lucu, di mana dia digambarkan dalam tokoh kartun. "Itu bagus, tapi saya lebih suka menjadi terkenal untuk sesuatu yang lain," ujar Holly.


p/s:Bagaimanakah ini boleh terjadi? adakah disebabkan syaitan?.sebab itulah dalam Islam disunatkan menguap tutup mulut ,supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini


 sumber