Seorang nelayan China terkejut bukan kepalang setelah menangkap makhluk aneh di sebuah tasik yang penampilannya seperti kacukan di antara kura-kura dan buaya.

Lelaki tersebut mencari makhluk aneh yang sukar diketahui jenis spesiesnya itu yang berupa buaya atau kura-kura di Tasik Weishan, sebelah selatan wilayah Anhui China yang bukan haiwan asli negara tersebut.

Spesies tersebut diketahui hanya ada di Amerika Utara dan pernah menjadi peliharaan seseorang, sebelum akhirnya dibuang di tasik, menurut pegawai perikanan dan marin tempatan.

Namun ada yang menyebut haiwan itu berkaitan dengan alien. Hadirnya makhluk tersebut di China bererti telah hadir tanda-tanda bahaya terhadap sistem ekologi tempatan di kawasan tempatan, menurut pegawai tersebut.

Nelayan Sun Yongcheng mengatakan bahawa dirinya sangat terkejut ketika menjaring haiwan kacukan antara buaya dan kura-kura tersebut, yang mempunyai panjang 76 cm dan lebar 30 cm dan berat 7 kg.

Dia mengatakan, "Saya tiba-tiba menyedari sebuah benda berwarna hitam yang melekat di jaring, menakutkan sekali. Dia melawan dan menggigit jaring ketika saya berusaha mengangkatnya. "

Jurucakap Biro Perikanan, Jining mengatakan bahawa ini merupakan kes pertama haiwan kacukan buaya dan kura-kura ditemui di dalam sistem perairan tempatan, sebagaimana dipetik akhbar Telegraph.

Jining menduga, "Kemungkinan besar menurut saya, seseorang telah membuang haiwan kesayangan mereka ke tasik, yang akan sangat membahayakan ekologi yang ada di tasik tersebut."


 sumber