Seorang perempuan mendakwa, dirinya dipecat dari pekerjaannya di sebuah kilang makanan snek kerana memakai alat bantuan seks berupa zakar buatan semasa bekerja.

Pauline Davis, perempuan asal Pennsylvania, Amerika Syarikat (AS) mengemukakan dakwaan terhadap Syarikat J & J Snack Foods kerana melakukan pemecatan terhadapnya.

Pada awalnya, Davis mengenakan alat bantuan seks itu kerana dirinya hendak menjalani pembedahan jantina. Alat bantu seks itu pun disembunyikan di dalam pakaiannya, tetapi kerana zakar buatan itu, Davis yang bekerja sebagai pegawai pemeriksaan makanan, terpaksa dipecat dari pekerjaannya.

Menurut peguam Davis, Lalena J. Turchi, zakar buatan milik Davis disembunyikan di dalam pakaiannya dan hal itu tidak akan mengganggu dirinya atau orang lain yang bekerja.

Keluhan pertamanya dilontarkan kepada Equal Employment Opportunity Commission di Philadelphia. Davis mendakwa mengalami diskriminasi gender semasa bekerja di J & J Snack Foods. Davis terus menuntut bayaran pampasan atas pemecatan yang dilakukan oleh syarikat itu. Demikian seperti diberitakan Daily Mail, Sabtu (14/1/2012). '

Perempuan berusia 45 tahun itu juga mempersoalkan akan adanya pegawai lelaki yang melakukan terapi hormon dengan mengenakan pakaian perempuan. Namun, lelaki itu tidak pernah didakwa.


 
sumber