Pembuat bir Inggeris mengaku berjaya membuat bir perangsang pertama di dunia untuk menghormati perkahwinan kerajaaan yang akan datang. Macamana tu?

Pembuat bir Brewdog di Fraserburgh, Inggeris, mengatakan, Royal Virilitu Performance dibuat khas, ianya mengandungi 'viagra herba, coklat, rumput kambing dan satu dos tongkat ali'.

Menurut pembuat bir itu, seribu botol bir telah dihasilkan dengan label 'Arise Prince Willy' dan 'Celebrate Big Willy Style'. Brewdog akan menghantar beberapa botol untuk hadiah Putera William pada perkahwinan kerajaan itu 29 April akan datang.

Brewdog mengaku, bir ini mengandungi 7,5% alkohol. "Bir ini sempurna untuk penawar semua kelemahan batin. Bir ini kami buat untuk memberi kebahagiaan pada pasangan berkahwin ini di hari besar mereka."

Respons dari kenyataan ini, laman Mayo Clinic menyarankan agar orang lebih berhati-hati tentang produk apa pun yang mendakwa menggunakan bentuk ubatan seperti viagra. Sebabnya, laman web klinik ini mengatakan, tambahan herba tak masuk dalam makanan dan ubat.


 sumber