Seekor harimau bintang dewasa menyerang dan mencederakan empat orang selepas haiwan buas itu tersesat ke daerah perumahan di bandar Guwahati, timur laut India, Sabtu (07/01) kelmarin.

Menurut Mail Online, serangan harimau bintang tersebut membuat penduduk tempatan luka parah, selepas haiwan liar itu masuk ke dalam sebuah rumah di persekitaran perumahan Silphukhuri, yang terletak di jalan Nabagraha yang sibuk.

Seorang pemandu beca berjaya mengurung harimau bintang yang panik tersebut di dalam rumah, dan menguncinya sampai pejabat jabatan perhutanan tiba dan membius haiwan tersebut.

"Kami terkejut dan terpegun ketika mengetahui harimau bintang itu berada dalam rumah, dan kemudian kucing itu mula menyerang." ujar seorang saksi , Nipu Das.

Salah satu korban serangan harimau bintang ini dirawat di hospital akibat menderita luka di kepala dan wajahnya.

"Kami percaya kucing liar itu tersesat ke daerah pemukiman dari bukit berdekatan, mungkin ia sedang mencari makanan," kata seorang pegawai jabatan perhutanan.

Ketika ini harimau bintang itu telah ditangkap dan dibawa ke kebun binatang Assam di Guwahati.

Serangan haiwan buas makin meningkat di Guwahati kerana hutan habitat mereka yang kian habis ditebang



 
sumber