Hampir dua tahun lalu, orang ramai dikejutkan dengan berita Al, budak berasal dari Sumatera yang menghabiskan 40 batang rokok sehari. Al yang ketika itu berusia 2 tahun dikenali dunia melalui Youtube

Kisah Al akhirnya sampai ke seorang jurugambar terkemuka berasal dari Belgium, Frieke Janssens. Frieke menonton aksi merokok Al melalui Youtube dan mendapat inspirasi.

 

Fotografer kelahiran tahun 1980 itu mengambil gambar belasan budak yang memperagakan gaya merokok dan menghisap cerut. Budakbuak kecil berusia 4-9 tahun dengan pakaian ala tahun 1920an ini diarahkan untuk bersuara layaknya orang dewasa. Kesan suram ditangkap dari hasil karya yang diberi judul 'The Beauty of an Ugly Addiction'. Jumlahnya 15 hasil shooting Frieke yang diterbitkan melalui websitenya.

Menerusi karya kontroversinya, Frieke ingin mengajak orang ramai meneliti kebiasaan merokok dengan lebih dalam. Kanak kanak sebagai model diharapkan dapat menjadi daya tarikan yang besar.

Kesan suram karya Frieke diharapkan dapat menjadi peringatan akan bahaya merokok. Tak hanya berhenti di situ. Para perokok diharapkan sedar diri untuk tidak membahayakan kanak-kanak dengan merokok di tempat awam.

Selain mengeluarkan Gambar, Frieke juga menerbitkan video mengandungi proses pemotretan. Di situ kelihatan bahawa budak budak ini tidak menggunakan rokok atau cerut tulen. Seperti dilaporkan dari toxel, bahan digunakan antara lain kapur, keju batang, dan lilin.


sumber