Demi mengejar mimpi melanjutkan sekolah ke bangku universti dan kolej., Hawa Akther Jui, wanita yang berasal dari Bangladesh, sampai kehilangan jari tangan.

Akther yang masih berusia muda belia itu (21), kehilangan jarinya kerana dipotong si suami, Rafiqul Islam (30), yang marah kerana Akther tidak mendapatkan izinnya terlebih dahulu ketika ingin melanjutkan sekolahnya. Persitiwa itu berlaku selepas Rafiqul, baru sahaja kembali dari Emiriah Arab Bersatu. Rafiqul memang bekerja di sana sebagai pekerja asing.
Hawa Akther Jui, si isteri yang dipotong jarinya kerana meneruskan kuliah

Menurut Akhter suaminya tidak berpendidikan, dan tidak bersetuju dirinya mendaftar di sebuah perguruan tinggi untuk kajian yang lebih tinggi. Melalui telefon, Suami Akhter pernah memberi amaran dirinya akan ada kesan berat jika ia membantah kemahuannya.

"Setelah ia kembali ke Bangladesh, ia mengatakan ingin berbincang dengan saya. Tiba-tiba, ia menutup mata saya dan tangan saya diikat. Ia juga menutup mulut menggunakan kain, dan mengatakan ia akan memberi saya beberapa hadiah kejutan. Tetapi, dia sebaliknya memotong jari -jari saya, "kata Akther, seperti dikutip dari BBC, Jumaat (16/12/2011).



Jari Akhter yang sudah terpotong sebenarnya masih boleh disambung kembali. Cuma si suami rupanya marah, - memberikan rawatan, Rafiqul terus membuang jari isteri-nya ke tempat sampah.

"Doktor mengatakan jari saya boleh kembali dipasang dalam tempoh enam jam, tapi ia menolak untuk memberi mereka. Setelah itu, suami saya melemparkan jari di tempat sampah. Saya akhirnya pulih tetapi kata mereka (doktor) sudah terlambat," kata Akther, yang dalam masa pemulihannya di rumah orangtuannya.

Setelah peristiwa itu, Akther menyatakan sudah tidak mahu lagi hidup bersama-sama dengan suaminya, yang kini dalam tahanan polis.


Rafiqul Islam, si suami yang memotong jari isterinya

Pihak Polis yang mengendalikan kes itu, ARM Al-Mamun, berkata pihaknya dalam penyelidikan awal mencari fakta bahawa serangan tersebut dirancang.

"Dia [suami] mengaku memotong jari isterinya. Kami akan mendakwanya," kata Al-Mamum.
Sementara itu kumpulan hak asasi manusia di Bangladesh, meminta kepada penguatkuasa undang-undang untuk menghukum Rafiqul seberat-beratnya.


 

sumber