Menurut American Society of Plastic Surgeons, hampir 300.000 wanita telah melakukan operasi pembesaran payudara pada tahun 2010 sahaja, yang bererti ada banyak silikon terselit di balik payudara wanita yang kelihatan seksi.Tapi tak perlu bimbang, Norman Rowe, MD, seorang pakar bedah New York City telah mengumpulkan bagaimana caranya untuk membezakan antara payudara asli dan 'palsu' hanya dengan melihatnya.

Ini adalah tanda-tanda payudara wanita palsu, seperti dilaporkan Menshealth:


 1. Jarak antara payudara terlalu dekat 

Payudara wanita kebanyakan mempunyai jarak sekitar 5 hingga 7 sentimeter. Tetapi bila seorang wanita telah memasang diimplan pada teteknya, jarak antara dua payudara tersebut akan sangat dekat. Jika payudara kelihatan seperti melekat di tengah-tengah, maka kemungkinan besar payudara tersebut palsu."Ketika doktor memasukkan diimplan, sebahagian besar akan meletakkan dan menyusunnya sangat dekat satu sama lain, di dekat garis tengah dada," kata Rowe. 

2. Payudara kelihatan terlalu tinggi 

Payudara palsu juga boleh diamati dari kedudukannya yang terlalu tinggi. Biasanya, payudara wanita alami terletak sejajar atau dekat dengan ketiak. Tetapi pemasangan implan biasanya akan membuat payudara terletak lebih tinggi. 

3. Kelihatan seperti tembikai 

"Payudara semulajadi berbentuk seperti pir atau titisan air, tetapi jika payudara wanita itu kelihatan lebih besar seperti tembikai bulat, itu adalah tanda-tanda mereka palsu," kata Rowe.Tidak seperti payudara semulajadi yang penuh di bahagian bawah, payudara diimplan akan kelihatan rata dengan silikon,menciptakan bentuk bulat sempurna. 

4. Terdapat bekas luka 

Ahli bedah plastik umumnya akan menggunakan empat pusat akses pada tubuh untuk memasukkan implan ke dalam, yang kesemuanya akan meninggalkan bekas luka.Bekas luka biasanya kelihatan di pusat (kira-kira setengah atau satu inci dari arah perut), lipatan antara payudara dan dada (dua bekas luka simetri), sekitar puting susu dan ketiak. 

5. Terdengar suara dari payudara 

Anda memerlukan telinga bionik untuk mendengar suara dari payudara palsu (bila suasana bilik sunyi). Payudara yang diimplan kadang-kadang akan mengeluarkan suara 'kocakan air' ketika keduanya bergerak. Hal ini biasanya terjadi kerana doktor mengisinya ketika diimplan.

"Jika diimplan tidak diisi dengan air akan mencipta beg udara yang boleh mengeluarkan suara. Suara ini tidak terdengar ketika wanita berjalan, tetapi apabila berhubungan intim," kata Rowe.


sumber