Mempunyai Zakar atau Mr. Happy bersaiz kecil jadi ketakutan terbesar lelaki. Mereka khuatir tak dapat membahagiakan pasangannya.




Tapi benarkah wanita suka yang besar?
Lelaki memang sangat terobsesi dengan saiz zakar mereka. Beberapa lelaki merasa zakar mereka lebih kecil dari lelaki pada umumnya. Lelaki dengan panjang zakar 10 cm, merasa mereka tidak akan dapat memuaskan pasangannya. Padahal kenyataannya, panjang rata-rata zakar adalah 10-15 cm.
Lantas apakah panjang zakar itu penting untuk wanita? Kajian yang dilakukan di Inggeris pernah mendedahkan 85% wanita sebenarnya puas hati dengan saiz zakar pasangannya.
Untuk melihat lebih jauh, dua wanita yang dikenali sebagai pakar seks, mendedahkan fakta untuk anda. Dua wanita itu adalah Nicole Beland, Mens Health Girl Next Door yang sudah menulis banyak buku salah satunya berjudul 'Sex: The Whole Picture: The Ultimate How-To for Lovers' dan Debby Herbenick, Ph.D, pakar seks terkenal asal Amerika dan juga associate Director Center for Sexual Health Promotion di Indiana University.
Apa kata mereka tentang zakar lelaki? "Ya wanita peduli saiz zakar lelaki. Tapi kalau bercakap tentang kepuasaan seksual, zakar jauh dari senarai keutamaan kami, "ujar Nicole, seperti dilaporkan Mens Health.
Nicole juga mengatakan tidak semua wanita suka zakar lelaki yang besar. Malah saiz zakar yang terlalu besar boleh membuat wanita tidak mencapai orgasmenya.
"Wanita sering kesulitan untuk orgasme. Dan oral seks atau stimulasi dengan tangan justeru lebih berkesan untuk mereka (mencapai orgasme), sama seperti vibrator, "selar Debby Herbenick.
Pakar seksologi yang menulis buku 'She Comes First', Ian Kerner, Ph.D. mengatakan, daripada memikirkan saiz zakar, lelaki seharusnya lebih bimbang bagaimana boleh membuat pasangannya puas. "Biasanya wanita yang mengeluh soal zakar kecil, itu kerana mereka tidak mendapat orgasmenya. Kalau mereka orgasme, hanya itu yang penting, tidak kira berapapun saiz penisnya, "tutur Ian.
Untuk para lelaki yang merasa penisnya kecil atau sebenarnya ukurannya normal tapi terlalu paranoid, Ian menyarankan beberapa gaya bersama. Cubalah memberikan tekanan bukan menusuk ketika bercinta dengan kedudukan perempuan di atas dan lelaki di bawah. Posisi bercinta woman on top juga boleh membuat wanita mencapai orgasmenya.
Sementara Nicole, menyarankan kedudukan ini: letak kaki wanita di dada lelaki ketika melakukan kedudukan aktivit seksual, lalu lakukan penetrasi dari tepi. Kalau wanita berada di atas, letak bantal di bawah punggungnya agar kawasan pelvic lebih terangkat.


source:here