SINGAPURA - Seorang perempuan Singapura tinggal di tandas selama 932 hari. Dia merasa ada yang memegang dan menahannya untuk keluar dari tandas tersebut.

Perempuan berusia 58 tahun itu dikatakan mengalami kemurungan. Ong Kean On suami dari perempuan itu berkata, isterinya tidak meninggalkan tandas sejak 25 Mei 2009 lalu. Demikian seperti yang diberitakan Straits Times, Selasa (18/1/2012).

Semenjak itu pula, isteri dari Ong makan, minum dan tidur di dalam tandas. Ong menceritakan bahawa isterinya menolak untuk meninggalkan tandas kerana merasa ada orang yang membaling batu ke arahnya. Perempuan itu menyatakan, air terus menitis ke wajahnya.

Ong akhirnya membawa isterinya ke Pusat Penjagaan Orang Gila. Dilaporkan kesihatannya terus pulih tamat mendapatkan rawatan.

Setelah dibenarkan semula untuk ke rumah, Isteri Ong dikhabarkan tidak mahu lagi tinggal di dalam tandas untuk jangka masa yang panjang.


  

p/s:tempat tinggal syaitan tu kan.

sumber