Pada suatu hari Lennart Nilson ni dapat satu idea, mengapa tidak dia mengambil gambar bayi yang sedang berada di dalam kandungan? Jadi dia pun mengambil langkah tersebut dengan menangkap beberapa gambar yang menakjubkan dari bayi tersebut.

Disebabkan penerangnya dalam bahasa Inggeris ,maka admin akan translatekan.



Bila gambar Lennart Nilsso ini memaparkan gambar embrio yang sedang membesar, seperti yang di cetak oleh Life Magazine pada tahun 1965, ia mencetuskan sensasi. Tidak sampai sehari, 8 juta cetakan Majalah tersebut habis dijual. Walaupun sudah 40 tahun jurugambar Lennart Nilsson ini masih dikenali ramai.


Ini ialah gambar pada minggu ke-5 , dimana dianggarkan panjang embrio pada masa itu ialah sekitar 9mm. Mukanya berkembang dan terjadi pembukaan pada mulut,hidung dan mata.



Teknologi canggih sekarang yang memberikan kita peluang untuk menangkap gambar yang jelas dan boleh diperbesarkan memang menakjubkan. Beberapa gambar ini diambil dari kamera biasa yang dipadankan dengan Lensa Makro,dimana gambar-gambar lain diambil melalui endoscope. Teknologi mikroskop pengimbas elektron ini membolehkan Nelson mengambil gambar dengan gambar yang diperbesarkan hingga beribu-ribu pembesaran.

8 Minggu. Pembesaran yang cepat oleh embrio melindungi dirinya di dalam sarung janin .


Gambar yang menakjubkan ini dambil dari bukunya yang terkenal iaitu "A Child Is Born", yang diterbitkan oleh Jonathan Cape.

Minggu yang ke-10.Mata yang separuh tutup.Ianya akan tertutup sepenuhnya dalam masa beberapa hari lagi.



Minggu ke -16. janin menggunakan tangan untuk meneroka badannya dan persekitaran.



Janin sekarang boleh memegang dan menarik tali pusat yang panjang.Tulang kerangkanya menjadi lebih fleksibel.Pembuluh darahnya jelas kelihatan melalui kulitnya yang nipis itu.


Minggu ke -18, kira-kira sepanjang 14 cm. Janin kini boleh mendengar suara dari dunia luar.



 Minggu ke-20, dengan saiz kira-kira sepanjang 20cm. Rambut yang jarang yang dikenali sebagai lanugo, berada di sekitar kepalanya.


Menurut Al-Quran Pula:

PERINGKAT SATU
     NUTFAH : iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani
Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
       " Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia  daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

       Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas samada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran

         Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
               Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
             

A- Sperma                                 B-Sperma menembusi ovum

PERINGKAT KEDUA
ALAQAH : Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama / hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telor yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
                                                                 al-Mukminun : 14
         Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
  • sesuatu yang bergantung atau melekat
  • pacat atau lintah
  • suatu buku atau ketulan darah

Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga did alam rahim.

 PERINGKAT KETIGA
MUDGHAH : Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

      Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

 PERINGKAT KEEMPAT
IZAM DAN LAHM : Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
       
   Janin pada usia 12 minggu

PERINGKAT KELIMA
NASY'AH KHALQAN AKHAR : Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi  perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.

Janin mendapat makanan melalui uri

 PERINGKAT KE ENAM
NAFKHUR-RUH : Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t
                         
P/s: Menarik kan kejadian kita, ? Bersyukurlah kita dipilih untuk hidup di muka bumi ini.

sumber, 

http://lailizah.tripod.com/proses_kejadian_manusia_menurut_al-Quran.htm