Rela mati demi cinta. Nampaknya itulah yang membuat seorang lelaki berasal dari Ukraine nekad menjual ginjalnya demi membeli sebuah cincin pertunangan berharga £ 12.300 ribu atau sekitar Rm 57000 ringgit, seperti dikutip dari mirror.co.uk.

Lelaki itu mungkin berfikir kekasihnya akan bertambah sayang ketika dilamar dengan cincin indah yang supermahal. Alih-alih membuat kekasihnya bahagia, dia justeru di clash oleh kekasihnya. Si kekasih marah dengan keputusannya yang membahayakan kesihatan.

Street Journal menyebut bahawa penjualan organ manusia telah menjadi perniagaan yang menguntungkan di beberapa negara, sejak kemelesetan ekonomi global.

Di Inggeris misalnya, bukan hal mengejutkan lagi jika mencari iklan jualan buah pinggang di internet. Beberapa syarikat malah menentukan calon pembeli harus bersedia untuk membayar sekurang-kurangnya £ 1,000 untuk kos perjalanan ke luar negeri, ditambah tiket pesawat dan £ 1,200 atau sekitar RM 4,000, bayaran tambahan mengingatkan banyak pakar bedah yang enggan melakukannya kerana alasan undang-undang dan faktor risiko ..

Sejumlah penyiasatan mendedahkan bahawa jualan buah pinggang pernah menembus angka £ 25.000 atau sekitar RM 117,000, . Sebahagian besar dari mereka nekad menjual buah pinggang kerana faktor ekonomi. Walaupun tidak dinafikan faktor ekonomi menjadi motivasi utama, namun mereka juga beralasan ingin menyumbang menyelamatkan para pesakit yang memerlukan organ.

Jun lalu, kes penjualan buah pinggang juga sempat membuat kecoh. Seorang remaja 17 tahun berasal dari China rela menjual ginjalnya dengan harga £ 2.000 atau sekitar RM 9,000, demi membeli komputer tablet iPad 2. Dia melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang di sebuah hospital di kawasan utara bandar Chenzhou, Wilayah Hunan.

Perdagangan organ masih banyak dilakukan di China, walaupun kerajaan tempatan berkali-kali cuba membasmi amalan tersebut. Tahun lalu, sebuah stesen televisyen di Jepun mendedahkan bahawa sekumpulan 'pelancong transplantasi' berjaya mendapatkan buah pinggang baru di China dengan harga £ 5,000 atau kira-kira RM23000.


 
 sumber