ilustrasi

Seorang bayi laki-laki yang berusia 18 bulan (1.6 tahun) menggigit kepala ular yang masuk ke biliknya sampai putus.

Ketika ibunya mencari anaknya itu di pagi hari, si budak sedang mengunyah bangkai ular tersebut.

Berita unik ini dimuatkan di portal berita Ynet News, Khamis (26/1/2012). Budak tersebut tertidur di bilik orang tuanya semalaman. Dia rupanya bangun lebih dulu daripada orang tuanya di pagi hari, dan kembali ke biliknya sendiri.

Ketika dia masuk bilik, dia melihat seekor ular sepanjang 35 sentimeter sedang melata di dalam biliknya. Mungkin menganggap ular itu permainan baru dia , budak tersebut langsung mengambil ular tersebut dan menggigitnya di bahagian kepala. Mujurlah, ular tersebut tidak menggigit balik.

Budak tersebut langsung dilarikan ke sebuah rumah sakit di bandar Haifa. Doktor tidak menemui satu pun luka gigitan ular di kanak-kanak itu.
 


sumber