Iklan
Banner 468X60,Hanya RM40/30Hari,Jom Beriklan Di Blog RelaxSudah.Com, Pasti menguntungkan... (1/4 Slot)






Ingin mendapatkan hidung yang mancung tanpa pembedahan?Kami ada caranya!

Danny X-Factor nikah 16 September 2011 ini. Tahniah!



cotatua.Blogspot
Seperti banyak artikel yang kami
keluarkan sebelum ini, ramai artis
yang telah memilih bulan
September sebagai tarikh
menamatkan zaman bujang
mereka begitu juga dengan artis kegilaan ramai peminat wanita di
Malaysia satu ketika dulu iaitu
Danny X-factor (kini agak suam-
suam kuku). Mungkin dengan keberkatan
bulan syawal mereka mengambil
kesempatan untuk mengakhiri
zaman bujang mereka, maka
bulan september ini penuhlah
dengan berita perkahwinan artis-artis di Malaysia. Kembali dengan cerita Danny
yang akan melangsungkan
perkahwinan pada 16 september
ini bersempena dengan cuti
sambutan Hari Malaysia dan
sambutan Kemerdekaan tahun 2011 pada hari tersebut. Beliau
akan berkahwin dengan seorang
pramugari, Fazlin Zakaria yang
menjadi tunang beliau sejak 30
Mac lalu. Perkahwinan mereka akan
dilangsungkan di Kampar, Perak
dan ianya akan dilangsungkan
dengan penuh kesederhanaan.
Majlis menyambut menantu di
kampung halaman Danny di Pasir Mas dilakukan dua minggu
selepas itu, Majlis persandingan
pula akan dilakukan pada awal
bulan Oktober ini. ohartis.com/2011/08/danny-x-factor-nikah-16-september-2011-ini-tahniah/
cotatua.Blogspot
Read More.. "Danny X-Factor nikah 16 September 2011 ini. Tahniah!"

David Teo akan membina sebuah studio filem di Cyberjaya



cotatua.Blogspot
Jika sebelum ini, KRU
mengejutkan industri hiburan
tanahair dengan membina KRU
Studios di Cyberjaya, kini tiba
giliran pengarah filem Malaysia
yang tersohor iaitu David Teo pula untuk membina sebuah
studio filem di Cyberjaya. Desas desus yang semakin kuat
dibicarakan itu, akhirnya dijawab
oleh David atau nama
sebenarnya David Teo Chew Huat
dan membenarkan khabar angin
tersebut. Apapun menurutnya, ianya masih lagi diperingkat awal.
Buat masa ini, David baru sahaja
membuat pembelian sebidang
tanah di Cyberjaya yang bernilai
puluhan juta ringgit. “Saya tidak menafikan sudah
membeli sebidang tanah di
Cyberjaya yang bernilai puluhan
juta ringgit untuk perancangan
membina sebuah studio filem
sendiri. Bagaimanapun, semuanya masih terlalu awal dan belum ada
apa-apa keputusan lagi tentang
projek itu buat masa ini. Yang
baru selesai hanya pembelian
tanah tetapi urusan lain yang
membabitkan pihak-pihak lain masih dalam perbincangan”, kata
David. Bila ditanya adakah tujuannya
membina studio filem itu bagi
menyayingi KRU, menurut David
ianya adalah semata-mata untuk
memperkembangkan
perniagaannya dan bukan untuk menyaingi pihak KRU Studios. OH! ARTIS: TAHNIAH MR DAVID!
SEMOGA LEBIH MAJU DAN
DAPAT MENGHASILKAN LEBIH
BANYAK LAGI FILEM MELAYU
YANG BERKUALITI DARI MASA
KE SEMASA.
ohartis.com/2011/08/david-teo-akan-membina-sebuah-studio-filem-di-cyberjaya/
Read More.. "David Teo akan membina sebuah studio filem di Cyberjaya"


Gabenor New York, Andrew Cuomo, mengisytiharkan darurat di seluruh negeri itu ketika ratusan ribu penduduk diarah meninggalkan kediaman masing- masing sebagai persediaan berdepan impak Taufan Irene. “Saya menyarankan penduduk New York supaya bersedia menghadapi taufan dan bekerjasama dengan pegawai kecemasan. Dengan bekerjasama, kita akan dapat berdepan taufan ini dalam keadaan tenang dan terancang,” katanya. Darurat juga diisytiharkan di Carolina Utara, Virginia dan New Jersey. Di Cape May, New Jersey, seramai 750,000 penduduk diarah berpindah tengah malam kelmarin. Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, juga mengarahkan pemindahan hospital dan institusi
penting lain di kawasan paling rendah di bandar raya itu. Ramalan menunjukkan Irene bakal menjadi taufan pertama menyerang Amerika Syarikat sejak 2008, ketika taufan Ike membunuh lebih 50 orang dan menyebabkan kerugian AS$30 bilion (RM89.7 bilion). “Bahagian timur menjadi laluan taufan ini. Kita dapat lihat impaknya,” kata Pengarah Pusat Taufan Kebangsaan Amerika, Bill Read. Taufan kategori tiga itu, diletakkan sekuat Katrina pada 2005, melanda sebahagian Bahamas dan menyebabkan tiga kematian di Haiti dan Puerto Rico. Lovely Bay terletak di kepulauan terpencil Bahamian Acklins, dimusnahkan angin sekencang 177 kilometer sejam manakala berpuluh-puluh rumah ranap di pulau lain, kata pihak berkuasa. Sementara itu hujan setinggi 0.30 meter dijangka turun diiringi dengan ombak besar dan bahaya. Arahan pemindahan mandatori itu dikeluarkan kepada 200,000 penduduk di kawasan pesisiran pantai Dare dan Hyde di Carolina Utara. Penduduk di Dare dijangka tiba di tempat perlindungan khas menjelang 8.00 pagi manakala pelancong diminta meninggalkan kawasan itu secepat mungkin kerana impak Taufan Irene dijangka dirasakan hari ini. “Taufan Irene mungkin menjadi sekali dan setiap 50 tahun yang melanda timur laut. Tingkap kaca mungkin retak di bangunan
pencakar langit di bandar raya ini,” kata pakar kaji cuaca bagi Accuweather, Kristina Pydynowski, yang meramalkan banyak pokok tumbang, bekalan elektrik terjejas dan kerosakan bangunan. Taufan itu dijangka meningkat ke kategori empat sebaik melepasi Florida tengah hari semalam, sebelum ia lemah apabila melanda pantai timur. Bloomberg meramalkan keadaan bakal menjadi seperti ribut tropika dengan hujan lebat serta angin selaju 96 kilometer sejam di New York. Amaran banjir juga dikeluarkan di beberapa kawasan termasuk daerah kewangan. “Kita berharap yang terbaik tetapi bersedia berdepan terburuk,” katanya.
Akhbar tabloid di New York menggabungkan gambar satelit besar Taufan Irene di muka depan akhbar masing-masing. Sementara itu, penduduk di Washington turut diberi amaran akan dilanda taufan itu jika ada sebarang lencongan pada laluan Irene. Pentadbir Agensi Pengurusan Bencana Persekutuan, Craig Fugate, memberi taklimat kepada Presiden Barack Obama mengenai keadaan itu. – Agensi Taufan Irene dijangka landa pantai timur Amerika,
puluhan ribu diarah pindah HATTERAS (Amerika Syarikat): Berjuta-juta penduduk di wilayah pantai timur Amerika Syarikat bersiap sedia menantikan ketibaan taufan yang jarang berlaku di kawasan itu. Pihak berkuasa dari North Carolina sehingga ke New York telah mengisytiharkan keadaan darurat, sedang berpuluh ribu penduduk diarahkan berpindah ke kawasan tinggi. Taufan Irene yang telah menyebabkan lima kematian apabila ia melanda kepulauan Bahamas Rabu lalu dijadualkan tiba di pantai timur Amerika hari
ini. Sekitar 65 juta penduduk di kawasan yang bakal terjejas oleh taufan, yang diklasifikan sebagai kategori dua itu, telah diberi amaran. 'Tiada sebarang alasan bagi penduduk berkata yang mereka tidak tahu taufan akan tiba. Mereka perlu faham, kita sudah kesuntukan masa,' kata ketua Agensi Pengurusan Bencana Federal, Encik Craig Fugate. Taufan itu dijangka menyebabkan ombak bahaya setinggi 3.4 meter.
Read More.. " "

Darurat Diisytihar Di New York & 3 Negeri Amerika Syarikat


Read More.. "Darurat Diisytihar Di New York & 3 Negeri Amerika Syarikat"



cotatua.Blogspot
Kulim: “Ketika umat Islam lain bersiap sedia bersama sanak- saudara untuk menyambut Aidilfitri, keluarga kami pula dibelenggu kesedihan mengenangkan nasib anak perempuan yang lari kerana mengikuti teman lelaki warga Nepal ke negara asalnya,” kata Siti Fatimah Yassin, 45, dari Taman Kenangan, Sungai Karangan, dekat sini, apabila anak perempuannya, Noorshaheera Mohd Rasul, 21, keluar dari rumah dengan alasan mahu bertemu rakannya pada 22 Ogos lalu. Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak pulang ke rumah sehingga kini menyebabkan timbul kebimbangan di kalangan ahli keluarganya walaupun sudah puas mencarinya. Siti Fatimah berkata, Noorshaheera keluar dari rumah kira-kira jam 1 tengah hari dengan membawa sebuah beg kecil dan sehelai pakaian kerana mahu berbuka puasa dan bermalam di rumah rakan perempuannya di Sungai Petani. “Saya membenarkannya kerana dia ingin berbuka puasa dan mengambil kembali wang yang dipinjam rakannya itu, selain berjanji akan pulang semula kira-kira jam 11 malam pada keesokkan harinya bersama rakannya itu. “Bagaimanapun, Noorshaheera tidak juga muncul pada masa dijanjikan lalu menghubungi rakannya, tetapi dia juga tidak mengetahui ke mana anak kami pergi sepanjang dua hari itu,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Serai, Asmaidi Abu Talib di rumahnya, di sini, semalam. Siti Fatimah berkata, rakan anaknya itu kemudian memaklumkan Noorshaheera berpesan kepadanya supaya memberitahu ibunya mengenai sekeping nota yang disimpan di dalam laci almari biliknya. Menurutnya, sebaik membaca nota itu, dia terkejut apabila anaknya meminta maaf kerana mengikut kekasihnya, lelaki warga Nepal berusia 20-an yang dikenali sejak setahun lalu ketika bekerja di sebuah kilang di Sungai Karangan. “Kami berusaha mencarinya pada keesokkan harinya dan dimaklumkan rakan senegara lelaki itu, mereka merancang kembali ke negara berkenaan menyebabkan kami bergegas pergi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang. “Berdasarkan maklumat, anak saya dan lelaki Nepal itu menaiki penerbangan dari Pulau Pinang sebelum transit di Bangkok dan menuju ke Kathmandu pada 23 Ogos lalu,” katanya.
Read More.. " "

Berpuluh Ribu Kanak Kanak Akan Mati Di Somalia Akibat Kebuluran



cotatua.Blogspot

Presiden Kelab Putera 1Malaysia
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim
menyifatkan Misi Bantuan
Kemanusiaan Ke Somalia,yang
merupakan misi dan negara
ke-15 yang akan dilaksanakan oleh kelab tersebut sebagai misi
paling berbahaya dari aspek
keselamatannya.Bagaimanapun,katanya
misi itu akan diiringi oleh rakyat
Somalia yang berada di negara
ini dan Presiden State of Udubland of Somalia Ibrahim
Abdullahi Addo,dalam misi ke
negara berkenaan.Katanya
seramai 66 orang akan berlepas
pada Ahad ini yang dijangka
akan pulang pada 8 September. "Yang penting dalam misi ini,kita
membawa barang-barang
perubatan,ubat dan doktor
seramai 40 orang.Kita akan beri
sumbangan makanan dan
barang-barang peralatan berkaitan perubatan.Kita jangka
akan membeli barang makanan
hampir 200 tan, dan dari sini
juga akan membawa sebanyak
mungkin berikutan kita akan
berlepas dengan pesawat A330 hasil kerjasama AirAsia dan
MAS," katanya kepada
pemberita selepas majlis
pelancaran misi tersebut di Seri
Perdana. Misi tersebut dilancarkan oleh
isteri Perdana Menteri Datin
Seri Rosmah Mansor.Turut hadir
Ketua Pegawai Eksekutif
Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony
Fernandes. Bernama Melaporkan Datuk
Abdul Azeez Abdul Rahim juga
berkata mereka akan berurusan
dengan penduduk tempatan
daripada kerajaan peralihan bagi
memastikan bantuan itu diterima oleh kumpulan sasar dan
pegawai berkenaan akan
membawa mereka ke tempat-
tempat yang memerlukan
bantuan terutama di khemah
pelarian.Sementara itu,Ibrahim dalam ucapannya memuji usaha
Malaysia menjadi antara negara
pertama menghulurkan bantuan
kemanusiaan untuk membantu
rakyat Somalia yang merupakan
mangsa kebuluran. Selain mengucapkan terima kasih
kepada rakyat dan kerajaan
Malaysia terutama Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak,Beliau berkata Malaysia
telah mengetepikan perbezaan politik dan ideologi demi untuk
membantu mereka yang dalam
kesusahan. "Hanya Malaysia boleh berbuat
demikian. Kerana di
Somalia,konflik kami biasanya
melalui politik atau ideologi dan
apabila ia datang ke
Malaysia,semuanya hilang," katanya. Ibrahim juga berkata beliau
sungguh terharu apabila beliau
mendapat tahu inisiatif itu
adalah usaha berterusan dan
mengucapkan terima kasih
kepada semua penyumbang. "Datin Seri (Rosmah),anda
dikenali di seluruh dunia kerana
kemurahan hati dan keberanian.
Saya juga mengucapkan terima
kasih kepada Bakti dan
pasukannya," kata beliau. Beliau juga memberi jaminan
mereka akan melakukan apa
sahaja dan mengambil langkah
perlu bagi memastikan
keselamatan anggota Kelab
Putera 1Malaysia.papagomo.com/2011/08/berpuluh-ribu-kanak-kanak-akan-mati-di.html?m=1
Read More.. "Berpuluh Ribu Kanak Kanak Akan Mati Di Somalia Akibat Kebuluran"


Read More.. " "

Jakim cakap daging import halal.


Jakim bagi jaminan. Korang rasa jaminan jakim boleh dipakai ke? Sila rujuk bawah neh ;

cotatua.Blogspot

Kalau korang rasa boleh dipercayai kata2 jakim neh, bolehlah terus membeli daging import. Aku sejujur dah tinggalkan amalan tue. Dulu pernah beli tapi dalam 3 tahun kebelakangan neh kepercayaan aku terhadap jakim dah semakin luntur dan hampir hilang. Ada benda yang bagus jakim buat. Tak dapat aku nafikan. Tapi lebih banyak benda yang tidak bagus jakim pernah buat dan ini memang tak boleh dinafikan juga. Lebih2 dari dalam soal halal haram. Bukan sekali, dua kali jakim terlibat dalams skandal yang haram jadi halal, yang halal jadi haram tapi dah banyak kali sehingga aku lebih percaya pengesahan halal daripada syarikat swasta. Yang mana aku rasa lebih diyakini dan dipercayai. Tapi bukanlah bermaksud setiap kata2 JAKIM harus ditolak. Sebaliknya kita kena waspada larh. Dengar citer ada orang boleh periksa dan membezakan daging yang disembelih dengan daging yang tak disembelih. Samada ini kepakaran unik ataupun memang ada teknik2 khas yang boleh diigunakan untuk mengenalpasti benda neh aku pun tak faham Kalau korang tahu, share lah info kat sini yer.
sozcyili.blogspot.com/2011/08/jakim-cakap-daging-import-halal.html?m=1
Read More.. "Jakim cakap daging import halal."

Pekerja Restoran Dibelasah Lelaki Bersenjata Parang Akibat Lambat Sediakan Sudu



cotatua.Blogspot

GOMBAK: Hanya kerana terlambat
memberi sudu, seorang pekerja
sebuah restoran di Dataran
Selayang, di sini, cedera di mulut,
muka dan kepala selepas dipukul
seorang lelaki yang tiba-tiba naik angin, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10
malam itu, mangsa berusia 23
tahun sedang bertugas menjaga
kaunter apabila tiba-tiba
didatangi pelanggan yang
memarahinya kerana tidak mendapat sudu. Menurut sumber, mangsa
meminta lelaki terbabit bersabar
dengan alasan akan menghantar
sudu diminta dan pada masa
sama meminta maaf. “Namun permohonan maaf
mangsa tidak diterima, malah
lelaki itu terus menghamburkan
kata-kata kesat dan menumbuk
muka dan kepala mangsa
beberapa kali walaupun cuba ditepis,” katanya. Sumber berkata, berang apabila
mangsa cuba melawan, lelaki itu
memanggil dua lagi rakan yang
turut membawa sebilah parang
bersamanya. “Mereka kemudian memukul
mangsa bertubi-tubi. Malah
pelanggan lain hanya memandang
dan tidak berani campur tangan
kerana lelaki itu bersenjata
parang. “Mangsa bernasib baik kerana
berjaya melarikan diri daripada
terus dibelasah lelaki terbabit,”
katanya. Sumber itu berkata, mangsa
kemudian membuat laporan di
Balai Polis Gombak untuk
tindakan lanjut. “Mangsa dirawat di sebuah klinik
berhampiran akibat cedera di
bibir, muka dan kepala,”
katanya. Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Gombak, Asisten
Komisioner Abdul Rahim Abdullah
mengesahkan menerima laporan
berhubung kejadian itu dan
siasatan lanjut sedang dijalankan. Menurutnya, kes disiasat
mengikut Seksyen 324 Kanun
Keseksaan dan suspek masih
diburu bagi membantu siasatan.
Read More.. "Pekerja Restoran Dibelasah Lelaki Bersenjata Parang Akibat Lambat Sediakan Sudu"

Terpaksa Layan Along di Kelab Malam


cotatua.Blogspot


KUALA LUMPUR: “Saya dah tak
ada jalan, terpaksa buat
pinjaman dengan along. Sekarang
hutang dah RM15,000. Semua ini
berlaku akibat kecewa dengan
institusi perbankan,” kata Syarifah Azliner Hajar Syed
Khalid, 40. Dia mendakwa permohonan
untuk mendapat pinjaman skim
mikro kewangan dengan
beberapa institusi perbankan
tidak diluluskan tanpa alasan
munasabah manakala permohonan dengan Tabung
Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
(Tekun) Nasional yang dibuat
pada 13 Julai lalu di Bandar Tasik
Selatan, di sini, masih dalam
status ‘menunggu’. Berikutan itu, dia yang
mengusahakan pakej hantaran
untuk perkahwinan kini dalam
dilema apabila ramai pelanggan
tetapnya mula melarikan diri
berikutan gagal menyiapkan tempahan dalam tempoh
ditetapkan. “Malah, untuk dapatkan
pinjaman along bukan mudah.
Saya terpaksa layan mereka
hampir sebulan di kelab malam. “Jika tak permohonan saya
tidak diluluskan. Untuk buat
pinjaman dengan individu
persendirian, lain pula ceritanya,
saya diajak ke hotel,” katanya
yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan beroperasi di
rumahnya di Bandar Tun Razak,
di sini. Syarifah Azliner mengusahakan
perniagaan itu sejak tiga tahun
lalu. Dia mendakwa tidak
mempunyai hutang tertunggak
melainkan lewat membayar kad
kredit dan kereta. Dia mendakwa, pinjaman dengan
along jalan terakhir yang mampu
dilakukan selepas putus harapan
terhadap institusi perbankan dan
agensi berkaitan kerajaan
kerana pelbagai kerenah birokrasi. “Bermula dengan RM2,000,
kemudian saya pinjam sedikit
demi sedikit dan sekarang
angkanya mencecah RM15,000 "+ bunga.
Read More.. "Terpaksa Layan Along di Kelab Malam"

Pelajar Tingkatan 2 Dirogol Rakan Lelaki Setelah Diberikan Pil Khayal



cotatua.Blogspot

KAJANG: Seorang pelajar
perempuan tingkatan dua
sebuah sekolah menengah di
daerah ini mendakwa dirogol
rakan lelakinya, pelajar
tingkatan tiga dari sekolah menengah lain di Cheras pada 16
Ogos lalu dan kejadian itu hanya
dimaklumkan kepada guru di
sekolahnya, kelmarin.
Menurut sumber, mangsa hanya
memaklumkan kepada gurunya mengenai kejadian itu berikutan
bimbang dimarahi ibunya. “Mangsa memaklumkan kejadian
berlaku 16 Ogos itu ketika dia
mengikut rakan lelakinya yang
berusia 15 tahun pulang ke
rumah ketika ketiadaan kedua
ibu bapanya. “Rakan lelaki mangsa
menyuruhnya menelan sebiji pil
disyaki pil khayal dan mangsa
hanya menurut sebelum berasa
pening dan tidak sedarkan diri,”
katanya. Beliau berkata, apabila tersedar,
mangsa mendapati dirinya
berada dalam keadaan tidak
berpakaian manakala rakan
lelakinya sudah tiada. Mangsa pada mulanya cuba
menyembunyikan perkara itu
daripada pengetahuan orang
lain, namun, akibat tekanan
perasaan, mangsa menceritakan
kejadian itu kepada guru sekolahnya. Guru terbabit kemudian
memanggil ibu mangsa untuk
memaklumkan perkara itu dan
menasihatkan ibu mangsa
melaporkan kepada polis. Ibu mangsa yang terkejut
membawa anaknya ke Balai Polis
Kajang untuk membuat laporan.
Read More.. "Pelajar Tingkatan 2 Dirogol Rakan Lelaki Setelah Diberikan Pil Khayal"

WTF : Meniru Gaya StockPhoto, Planking yang Terbaru (14 Photos)


Stockphoto merupakan satu laman yang menjual pelbagai gambar di seluruh dunia. Tetapi orang ramai cuba meniru gaya dalam Stockphoto.cotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotcotatua.Blogspotakustressgiler.blogspot.com/2011/08/wtf-meniru-gaya-stockphoto-planking.html?m=1
Read More.. "WTF : Meniru Gaya StockPhoto, Planking yang Terbaru (14 Photos)"

gila!: bogel dalam kelas


cotatua.Blogspot

Apa daaa! Kalau panas sekalipun takkanlah sampai buka-bukaan baju segala…tak ada sivik langsung pelajar perempuan yang sorang ni.

Http://itsmesaiful.blogspot.com
Read More.. "gila!: bogel dalam kelas"

Tak Rela Asyik Kena Raba, Perempuan Ini Kecilkan Payudaranya


cotatua.Blogspot

Daily Mail – Seorang perempuan terpaksa mengecilkan payudaranya hingga 14 cup kerana tak tahan pandangan nakal lelaki setiap kali ia hangout dengan teman-temannya. Perempuan bernama Gemma Westmoreland (26) dari Royston, Barnsley, Inggris, mengecilkan payudaranya dari ukuran 36J menjadi 36C setelah ia tahu jika ia sering menjadi korban pelecehan seksual saat keluar malam dengan temannya. Westmoreland sering menangis kerana sering mendapat pelecehan dari lelaki yang berusaha merabanya. Setelah operasi, Gemma Westmoreland kehilangan beberapa kilogram payudaranya dan membuatnya kini memiliki dada ukuran C. Sebelum operasi, Gemma Westmoreland sering menggunakan dua bra untuk mendukung payudaranya kerana ia sering menderita sakit punggung dan ia sudah diberitahu jika masalah ini bakal bertambah jika ia sudah tua. “Mungkin gadis-gadis akan menyukai payudara besar namun bagi saya ini mimpi buruk. Saya tidak hanya mendapatkan sesuatu yang saya tidak inginkan
dari lelaki tapi juga dari perempuan,” katanya. “Ketika saya keluar malam di Barnsley semua orang sepertinya
ingin meraba payudara saya. Ini juga terjadi saat saya ke kota lain,” katanya. Kini, ia merasa senang setelah menjalani operasi yang berlangsung selama tiga jam di RS Hallamshire Hospital,Sheffield. “Saya boleh kemana-mana dengan rasa percaya diri tanpa khuaatir orang-orang menatap atau ingin meraba saya,” jelasnya.
Read More.. "Tak Rela Asyik Kena Raba, Perempuan Ini Kecilkan Payudaranya"

Edisi pelik:Promosi barang kecik dengan perempuan seksi


Satu lagi teknik promosi yang memang digunakan oleh syarikat di China. Namun memang ramai mata akan memandang ke arah pentas tetapi apa yang mereka lihat? Produk atau Wanita di atas pentas? Sudahlah produk tersebut sangat kecil dan sukar dilihat.













at
Read More.. "Edisi pelik:Promosi barang kecik dengan perempuan seksi"


Read More.. " "

[Video]Hantu Bawak Motor


Pagi2, ni jom kita mulakan dengan ketawa, ...dengan melihat hantu motosikal mengamuk.







Read More.. "[Video]Hantu Bawak Motor"

Cara Membezakan Wajah Orang Cina,Jepun dan Korea



Kawan2 cotatua selalu tanya kat cota, 
macamana cara nak membezakan orang Jepun, Orang Korean dan Orang China?
Lepas googling jap baru cota dapat penjelasanya.

jepun:

 

Orang Jepun ni cenderung memiliki struktur wajah yang bulat, bermata besar dan hidung mancung.
Perempuan jepun selalu pakai makeup tebal untuk memberikan kesan , supaya kulit nampak
lebih pucat.


Cina:

Orang Cina pula cenderug untuk memiliki wajah yang bulat daripada orang Korea dan Jepun,Cina adalah negara yang banyak etnis tak seperti Korea dan Jepun yang lebih sikit kaum2 nya ,Sebab itu susah nak tahu jepun ni kaum apa. 


Korea:


Orang Korea pula cenderung untuk memiliki wajah yang meninggi tulang pipi dengan mata kecil dan kelopak mata runcing.


Korang akan menerima lagi perbezaan kalau korang mengamati semua spesifikasi yang lain seperti nama, bahasa ,kelakuan ,gaya rambut  dan pakaian.


sumber:blogger-malaz.blogspot.com
Read More.. "Cara Membezakan Wajah Orang Cina,Jepun dan Korea"

DJ-DJ Wanita Paling Hot Antarabangsa


 Biasanya dj hanya lah lelaki dan jarang2 kita dengar DJ itu perempuan, 
tetapi tak mungkin lelaki ajer boleh, perempuan pun boleh , pondan  pun boleh,
sayfool apa2 pun boleh. hehe

so , jom cuci mata dengan gambar2 DJ cun melecun ni..


10.Jen Lasher 
AnnaPolis,USA Breaks


9. Reid Speed
LOS ANGELES, USA
Breaks, Drum n' Bass
 
8. Miss Lisa
LOS ANGELES, USA
House
 

7. Miss Yetti
BERLIN, GERMANY
Electro

 
6. Sarah Main
SPAIN / US
House, Tech House

 

5. Annie Mac
LONDON UK
Breaks

 
 
4. Scarlett Etienne
SAN FRANCISCO / NEW YORK CITY, USA
House
 

3. Dj Lucca
CZECH REPUBLIC
Techno
 
 

2. Sandra Collins
LOS ANGELES, USA
Trance
 

 

1. Dj Rap
LOS ANGELES, USA
Drum n' Bass, House

 
kredit to: arenaphoto.blogspot.com
Read More.. "DJ-DJ Wanita Paling Hot Antarabangsa"