Melahirkan di dalam air (Waterbirth) sudah mula banyak dilakukan oleh ibu hamil untuk mengurangkan rasa sakit. Tapi hebatnya, seorang wanita di California melakukan persalinan di dalam air dengan ditemani dua orang lelaki, yang kedua-duanya merupakan kekasihnya.

Jaiya Ma (34 tahun) telah hidup berdua dengan seorang lelaki Jon Hanauer (49 tahun) selama 6 tahun. Hubungan mereka sangat terbuka, mereka benar-benar boleh jujur ​​dan memberitahu satu sama lain jika tertarik pada orang lain.


Jaiya pernah tertarik dengan lelaki lain yang lebih muda, namun dia dikhianati oleh lelaki tersebut.. Jon merasa sangat bersalah kerana tak mampu melindungi Jaiya. Kerana cintanya, ia juga mendesak Jaiya untuk bertemu dengan lelaki lain.

Tak lama kemudian, Jaiya bertemu dengan Ian Ferguson (44 tahun). Jon juga bahagia dengan hubungan tersebut. Mereka pun menjalani kehidupan polyamorous (hidup dengan lebih daripada 1 pasangan intim).

Jaiya hamil dari Ian, lelaki yang bekerja sebagai furniture designer. Walaupun bukan anaknya, Jony ternyata juga menyokong kehamilan Jaiya bahkan dua lelaki tersebut menemani Jaiya dalam proses persalinan yang dilakukan di dalam air (Waterbirth).

Untuk menyambut kelahiran Jaiya, mereka bertiga mengambil kelas khusus untuk mempersiapkan persalinan di rumah. Jaiya pun melahirkan hanya dibantu oleh dua orang kekasihnya.

Pada 23 Mac 2009, lahirnya Eamon, anak lelaki Jaiya dan Ian. Dalam proses persalinan tersebut, Jaiya, Ian dan Jon semua berada di dalam kolam bersalin.




  "Itu adalah pengalaman yang luar biasa. Dia memegang saya, sementara Eamon lahir dan Jon berada di sisi tab mandi. Ketika ia keluar, Jon memotong tali pusatnya dan kami bertiga menangis," jelas Jaiya Ma, seperti dilaporkan Dailymail, Khamis (8 / 12 / 2011).

Kelahiran Eamon menyebabkan Jaiya, Jon dan Ian makin rapat.. Mereka pun memutuskan untuk hidup bersama sebagai sebuah keluarga. Waterbirth adalah proses melahirkan di dalam air, pada proses tersebut ibu yang akan melahirkan berendam dalam suatu kolam hangat yang steril hinggan melahirkan anaknya.. Air dipercayai mempunyai kesan perubatan dan boleh memanjangkan kehidupan.

Air mempengaruhi kesan graviti, di mana dengan adanya perbezaan berat jenis antara manusia dengan air, maka tubuh manusia akan merasa lebih ringan bila berada di air.

Beberapa kajian menunjukkan bahawa melahirkan bayi di dalam air tidak memberikan kesan luaran yang berbeza dengan melahirkan di darat. Berendam di air juga menjadi cara yang selamat untuk mengurangkan kesakitan dan menurunkan tekanan darah.


 
 
Tapi risiko yang boleh dihadapi jika melakukan persalinan di dalam air adalah terjadi peningkatan risiko jangkitan, sukar untuk mengawal jumlah darah yang hilang, mengawasi janin lebih longgar dan kadang kala pengecutan menjadi tidak berkesan.

Sementara pada bayi mempunyai risiko seperti paru-paru berair air (air masuk ke paru-paru), hipoksia (kekurangan oksigen), peningkatan jangkitan dan keterlambatan pertolongan bila terjadi sesuatu yang teruk pada janin. Pada proses ini juga memabazir penggunaan air.
 

sumber