Sharlotte Hydorn (Reuters)

San Diego - Seorang nenek berusia 93 tahun di California, Amerika Syarikat (AS) menjalani perniagaan jualan alat untuk bunuh diri selama 20 tahun. Satu peranti alat tersebut berharga US $ 60 atau sekitar Rm188.25

Sharlotte Hydorn yang merupakan pesara guru ilmu sains ini, tentu mendapat beratus-ratus ribu dollar AS atau setara dengan berbilion-bilion ringgit dari perniagaan tersebut. Tapi akhirnya perniagaan kontroversi yang dilakukannya itu harus tamat, kerana Polis menuduhnya melakukan pengecualian cukai dan dia harus diadili.

Seperti diberitakan oleh Reuters, Sabtu (3/12/2011), Hydorn dituduh mengecualikan cukai sebanyak puluhan ribu dollar AS sepanjang tahun 2007 hingga 2010. Sepanjang 4 tahun tersebut, Hydron tidak pernah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan persekutuan AS.

Satu peranti alat bunuh diri yang dijual Hydorn berharga US $ 60, termasuk kos penghantaran dan buku arahan. Satu peranti terdiri daripada sebuah tudung kepala plastik yang tertutup di bahagian leher dan terdapat hos yang boleh disambung dengan tabung gas helium atau gas berbahaya yang lain, sehingga si pengguna alat boleh mengalirkan sendiri gas tersebut. Alat-alat tersebut diberi label gladd yang merupakan singkatan dari Glorious Life and Dignified Death.




Dalam persidangan, pendakwa menyebutkan bahawa selama 4 tahun tersebut, Hydorn berjaya menjual 1,300 peranti bunuh diri. Jika dikira semuanya, maka pendapatan yang didapati Hydorn selama 4 tahun tersebut mencapai US $ 78 ribu atau setara dengan Rm 244,724.98 Wow!

Selama itu, Hydorn mengecualikan cukai sebanyak US $ 15 ribu (RM 75 ribu) hingga US $ 30 ribu (RM 150 ribu). Hydorn telah mengaku bersalah kerana dia tidak membayar cukai pendapatan selama 2007 hingga 2010 dan memenuhi permintaan itu untuk membayar cukai tersebut.




Dia juga bersetuju untuk berhenti membuat dan menjual alat-alat tersebut. Tetapi dia mengatakan, bahawa peralatan yang dijualnya tersebut dimaksudkan membantu orang-orang yang sakit parah dan tenat untuk mengakhiri hidup mereka dengan penuh kemuliaan.

Atas tuduhan pengecualian cukai ini, Hydorn diancam hukuman 1 tahun penjara dan denda US $ 100 ribu (RM 301 ribu). Kini Hydorn tak ditahan kerana membayar jaminan US $ 10 ribu. Tuduhan terhadapnya akan dibacakan pada Februari akan datang.






nove