Kebiasaannya, katak Surinam ini hidup di sungai-sungai di Amerika Selatan. Dengan bentuknya seakan-akan daun ia mudah mencari mangsa-mangsa kecil seperti ikan kecil, kumbang, cacing dan lain-lain lagi.
Kulit katak betina ini melindungi telur-telur untuk menetas kelak. Terdapat begitu banyak 'poket' yang menempatkan anak-anak katak surinam ini.
Katak Surinam merupakan makhluk yang sangat unik. Apa yang menjadikan katak ini unik ialah cara katak ini membiak. Setelah katak Surinam betina bertelur, katak jantan akan menempatkan telur-telur ini di belakang katak betina yang berlubang.











billy