'Hamil Palsu' Jadi Trend Perempuan China. Dibuat dari bahan silica gel, produk tersebut mempunyai warna yang sama dengan kulit perut tekstur yang sama dengan perut yang betul.Seperti dipetik ECNS, barang yang membuat perut wanita pengguna kelihatan membuncit ini menjadi hot item dalam jualan online di sana. Untuk satu produknya dijual sekitar 500-1600 yuan atau sekitar rm251 - Rm 804 dan terdapat dalam pelbagai saiz.

 

Produk perut palsu yang paling laku adalah ukuran perut wanita hamil 5-7 bulan. Didakwa, banyak perempuan membeli produk tersebut untuk kepentingan lakonan dan ingin merasakan pengalaman menjadi ibu hamil.

Namun, Stan Abrams, seorang profesor bidang undang-undang dan penulis China Hearsay mengatakan cara itu kurang sopan dilakukan.

"Saya rasa perut palsu itu boleh saja digunakan untuk hal-hal lain seperti mendapatkan tempat duduk di bas atau mengemis," katanya.

Sehingga hari ini, memang fenomena pura-pura hamil ini belum diketahui alasan sebenarnya.. Dan, sangat mungkin trend ini terjadi disebabkan oleh aksi bintang pop Beyonce yang pernah digosipkan sedang mengandung kerana perutnya kelihatan membuncit ketika tampil dalam sebuah acara talkshow.

Dari khabar angin tersebut berkembang spekulasi yang menyebut penyanyi 'Main the World "ini menggunakan perut palsu untuk bergaya di depan awam. Boleh jadi aksi inilah yang mencetuskan trend tersebut di China


sumber:sini