Pihak berkuasa Thailand berjaya menggagalkan usaha penyeludupan kokain di lapangan terbang antarabangsa Suvarnabhumi Bangkok. Modus penyeludupan itu sangat unik kerana kokain-kokain itu disembunyikan di dalam untaian rambut kerinting pesalah, iaitu seorang perempuan asal Afrika Selatan.

Perempuan bernama Nolubabalo Nobanda itu diperiksa setelah dia turun dari pesawat Qatar Airways yang terbang dari Sao Paulo, Brazil, melalui Doha, pada Selasa (13/12/2011) lalu.

Menurut khabar Bangkok Post, polis mengesyaki perempuan itu setelah melihat serbuk putih di rambutnya. Dalam pemeriksaan itu, polis menemui 1,5 kilogram kokain yang bernilai kira-kira 4.5 juta bath.

Cara Nolubabalo menyembunyikan barang selundupannya dengan sangat luar biasa. Kokain yang diletakkan dalam bentuk silinder itu disembunyikan dalam setiap untaian rambutnya. Nolubabalo pun harus merelakan rambutnya dipotong. Polis kemudian menunjukkan potongan rambutnya serta silinder kokain yang ditutupinya.

Nolubabalo mengaku, dia dijanjikan bayaran 60.000 bath untuk menghantar barang haram itu kepada seorang pembeli di sebuah hotel di Bangkok.

Surat khabar Times Afrika Selatan melaporkan, perempuan 23 tahun itu sering dipanggil Babsie dan berasal dari Grahamstown, di wilayah Eastern Cape, Afrika Selatan.

Thailand merupakan salah satu negara yang mengunakan hukuman berat untuk kejahatan berkaitan dadah, dengan hukuman maksimum adalah hukuman mati.

Sementara itu, SABC mencatat, Nolubabalo merupakan warga negara Afrika Selatan yang ditangkap di Thailand kerana penyeludupan dadah sepanjang tahun 2011. Menurut organisasi Locked Up Abroad, jumlah kurier dadah dari Afrika Selatan yang kini dikurung di penjara-penjara di luar negara "terus meningkat dengan cepat setiap bulan".


Pada hari Isnin (12/12/2011), China melaksanakan hukuman kepada warga Afrika Selatan bernama Janice Bronwyn Linden atas kes penyeludupan dadah. Permintaan pengampunan yang diajukan Presiden Jacob Zuma pada minit-minit terakhir pelaksanaan hukuman mati itu tidak ditolak Kerajaan China.




sumber:sini