Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan
duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua
sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada
satu kegemaran, iaitu makan telur rebus. Aku pun
tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap
agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur
rebus. Pagi petang siang malam makan telur
rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku
ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni
sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so
aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja,
tiba-tiba kereta aku rosak.. aku pun telefon bini aku
dan kata aku balik lambat sebab kena menapak.
Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan
tu... ada telur rebus lah.. aku pun makan nasi
dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus
lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus
untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat
rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah
balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba
cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia
suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang
diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya
aku sampai ke meja makan.
Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba
buka. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat
hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini.
Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi,
isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut
yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega
rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji
telur ntah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu
la.. aku pun angkat sebelah punggung dan
lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT...!!! ..
fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau
dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang
sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang
sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering
lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak
sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa
power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan
angin taufan tu... PRRROOOOOTTTTTTTT....!!!!!!!!!!...
fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup
hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam
bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku
ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah
dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab
lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY
BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup
mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne
boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku..
mulutku terus melopong... ALAMAK..!!!
Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak
mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua
orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan
jiran sebelah rumah aku pun ada..! jadi aku pun
nak cover malu, aku tanya la kat pak mertua aku..
'dah lama ke pak sampai?'.. Dan pak mertua aku
pun jawab.. 'Dah lama. Sebelum kentut pertama
lagi!!'
 
p/s:jangan siang pandang-pandang, cakap malam dengar - dengar 
sumber:facebook